awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tidak dipinggirkan, tegas Annuar Musa

Fauzi Suhaimi, Ridauddin Daud
Fauzi Suhaimi, Ridauddin Daud
01/10/2020
09:03 MYT
UMNO tidak dipinggirkan, tegas Annuar Musa
Annuar Musa berkata, hampir semua ADUN daripada parti itu memikul tugas sebagai menteri dan timbalan menteri di Sabah.
KUALA LUMPUR :UMNO tidak dipinggirkan malah mempunyai peranan yang sangat besar dalam kerajaan Negeri Sabah, tegas bekas Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, hampir semua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO memikul tugas sebagai menteri dan timbalan menteri di Sabah.
“Beberapa percaturan yang salah mungkin telah menyebabkan terlepas beberapa kerusi.
“Ia boleh diperbaiki. Sebarang tindakan terburu-buru merugikan UMNO,” katanya menerusia ciapan di laman Twitternya pada Khamis.
Umno tidak di "sidelined" malah punya peranan sgt besar.Hampir semua ADUN UMNO bakal memikul tugas sbg menteri&timbalan menteri Sabah..Beberapa percaturan yg salah mungkin telah menyebabkan terlepas beberapa kerusi.Ia boleh diperbaiki.Sebarang tindakan terburu2 merugikan umno https://t.co/lyAZbRI2ZI
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 1, 2020
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang antara lain menyatakan strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai tidak menguntungkan parti itu, sebaliknya semakin memencilkan peranannya di Sabah.
Mohamad turut mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan pedoman dan hala tuju jelas berkaitan kerjasama parti itu dengan saingan politiknya.
Sementara itu, Ahmad Zahid pula dalam ciapan di Twitter berkata, hala tuju parti selepas PRN Sabah akan dibincang dalam Biro Politik UMNO dan dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti.
BACA: Zahid Hamidi perlu jelaskan hala tuju kerjasama UMNO dengan parti lain - Tok Mat
BACA: "Jernihkan keadaan, bukan keruhkan kedukaan" - Bung Moktar minta henti sandiwara politik
Mengulas lanjut, Annuar berkata, hala tuju kerjasama politik UMNO bergerak atas paksi Piagam Muafakat Nasional (MN) dan kesatuan.
"Hala tuju kerjasama politik UMNO sudah jelas. Ia digaris dengan nyata dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) (dan) ia mesti bergerak atas paksi MN dan kesatuan.
"Persoalannya, apakah kita istiqamah melaksanakannya atau kita goyah dek perkara lain yg mengganggu 'Iman politik' kita," soalnya dalam ciapan di akaun Twitternya.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Annuar Musa
#Mohamad Hasan
#Tan Sri Annuar Musa
#UMNO
#ADUN
#pilihan raya
#majlis tertinggi
#MT UMNO
#PRN
#Sabah
#Sabah Memilih 2020
#Pilihan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan