awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tidak lagi mampu hanya menjadi jaguh kampung - Mustapa

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/05/2016
01:41 MYT
UMNO tidak lagi mampu hanya menjadi jaguh kampung - Mustapa
UMNO juga disaran mempelajari pendekatan yang digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. - Gambar fail
Sudah tiba masanya untuk UMNO tidak lagi hanya menjadi jaguh di kampung yang hanya berjaya meraih undi dari penduduk luar bandar semata-mata.
Justeru, ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sudah tiba masanya parti itu mendekati pengundi di bandar, memenangi hati orang bandar, golongan terpelajar, golongan muda dan agamawan dengan lebih berkesan..
"Kita tidak mahu UMNO jadi parti luar bandar sahaja. Luar bandar itu penting tapi kita mahu juga UMNO dapat tempat di bandar-bandar.
“Kita bimbang kerana hari ini kita hanya menang Kangar dan Johor Bahru sahaja, di bandar lain semua kalah. Ini satu perkara serius dan kita tidak boleh biarkan selamanya kerana bandar ini nadi,” kata Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan sempena sambutan ulang tahun UMNO ke 70 tahun pada Rabu.
Katanya, UMNO juga di saran mempelajari pendekatan yang digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, di mana rakyat Sarawak menerima baik kepimpinan Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem.
"Ramai tokoh mereka menang dengan mendapat jumlah majoriti undi yang besar seperti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, kita kena cari jalan bagaimana rakyat sayang kepada kita, kita kena bekerja, berjuang, lantang menyuarakan kepentingan mereka,” kata Mustapa.
Tambah beliau, pemuafakatan dan kesatuan semua ahli dan pimpinan di Sarawak menyumbang ke arah kemenangan besar pada PRN Sarawak.
Sehubungan itu, UMNO perlu mengislahkan parti atau melakukan pembaharuan dengan menjadikan PRN Sarawak sebagai rujukan bagi mengukuhkan pencapaian parti.
BN Sarawak memenangi 72 daripada 82 kerusi pada pilihan raya negeri ke-11 itu.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Mustapa Mohamad
#Najib Razak
#Sarawak
#UMNO 70 Tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan