awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi awal PRK Sandakan tamat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/05/2019
06:01 MYT
Undi awal PRK Sandakan tamat
Proses pengundian awal bagi kesemua 270 anggota polis di Sandakan tamat selepas pusat pengundian di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan tutup jam 2 petang tadi. -Bernama
Proses pengundian awal bagi kesemua 270 anggota polis di Sandakan tamat selepas pusat pengundian di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan tutup jam 2 petang tadi.
Sebelum itu, pusat pengundian di Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan ditutup tepat jam 12 tengah hari.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kemas kini di akaun Twitter memaklumkan 75 peratus pengundi telah membuang undi hingga jam 1 petang sejak proses pengundian awal itu bermula 8 pagi tadi.
[INFO PRK P.186 SANDAKAN] Peratusan Keluar Mengundi Awal sehingga jam 1.00 petang : Peratus : 75% Sumber: SPR Nota: Waktu tutup pusat mengundi adalah jam 12:00 tengahari (Rumah Kelab IPD Sandakan) dan jam 2.00 petang ( Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan).
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) May 7, 2019
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dan beberapa lagi Ahli-Ahli SPR turut memantau perjalanan proses undi awal tersebut.
Selain itu, calon-calon turut ke dua lokasi tersebut bagi menyaksikan perjalanan proses pengundian awal.
Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian Sabtu ini di pusat pengiraan undi berkelompok di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua Sandakan dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding serta pemerhati pilihan raya.
PRK ini menyaksikan pertembungan lima penjuru iaitu Vivian Wong Shir Yee mewakili DAP, Datuk Linda Tsen Thau Lin (PBS) dan tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, Sulaiman Abdul Samat dan Chia Siew Yung.
Topic Berkaitan
#mohamed elias abu bakar
#pengundian awal
#PRK Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan