awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi belah bahagian: UMNO sokong Belanjawan 2021 demi rakyat - Nazri Aziz

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
15/12/2020
04:25 MYT
Undi belah bahagian: UMNO sokong Belanjawan 2021 demi rakyat - Nazri Aziz
Selain Nazri (gambar), Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan turut memberi jaminan akan menyokong bacaan kali ketiga Belanjawan 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan semua Ahli Parlimen UMNO kecuali Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menyokong bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021.
Menurut Nazri, kerajaan memerlukan perbelanjaan untuk membantu rakyat dan juga melawan pandemik COVID-19.
"Kami tidak boleh menolak Belanjawan ini kerana ia akan memberi kesan kepada perbelanjaan untuk membantu rakyat dan usaha kerajaan melawan COVID-19.
"Ia adalah komitmen kami demi rakyat bukan kerana menyokong Perdana Menteri sedia ada," katanya kepada Astro AWANI.
Selain Nazri, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi jaminan akan menyokong bacaan kali ketiga Belanjawan 2021.
Menerusi akaun Twitternya, Ahmad Maslan menjelaskan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga sudah melaksanakan tugasnya dengan baik.
“Adakah saya akan undi Bajet 2021 di Dewan Rakyat? Jawapannya 'ya' saya sokong Belanjawan 2021 ini dan mengundi agar ianya diluluskan.
“Menteri Kewangan telah laksana tugas dengan baik. Tentang KWSP dan moratorium masih boleh dirunding dengan pihak-pihak yang berkaitan jika ada syarat-syarat yang sukar,” katanya.
Bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat mendapat perhatian apabila terdapat ura-ura ia akan digagalkan oleh blok pembangkang dengan kerjasama beberapa Ahli Parlimen kerajaan.
Dalam satu kenyataan media pada Isnin, Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian kali ketiga di Dewan Rakyat esok.
Gabungan itu juga menggesa semua ahli parlimen daripada pembangkang mahupun kerajaan untuk turut sama menolak Belanjawan 2021.
Adakah saya akan undi di #DewanRakyat untuk #Bajet2021? Jawapannya YA, saya sokong #Belanjawan2021 ini & mengundi agar ianya diluluskan DS @tzafrul_aziz telah laksana tugas dgn baik. Ttg #KWSP & #moratorium masih boleh dirunding dgn pihak2 yg berkaitan jika ada syarat2 yg sukar pic.twitter.com/hXEgkqjsTl
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) December 15, 2020
BACA: PH tetap tolak Belanjawan 2021, undian belah bahagi esok
BACA: Tun M, Ku Li harap Ahli-ahli Dewan Rakyat tolak Belanjawan 2021
Topic Berkaitan
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#Padang Rengas
#Ahmad Maslan
#Pontian
#Belanjawan 2021
#undi belah bahagian
#Nazri Aziz
#Mahathir Mohamad
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
#Pakatan Harapan
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#pandemik
#pembangkang
#Perdana Menteri
#Parlimen
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan