SHAH ALAM: Ketidaksamarataan jumlah pengundi antara kawasan sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal mengurangkan kuasa dimiliki oleh pengundi muda termasuk yang baru didaftarkan.
Saintis politik dari Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC), Sunway University, Profesor Dr Wong Chin Huat berkata, perbezaan ketara jumlah pengundi antara kawasan merupakan isu besar yang perlu ditangani jika negara mahu mencapai kematangan dalam politik.
BACA SEMUA BERHUBUNG UNDI18 DI SINI
Beliau berkata, penglibatan lebih ramai anak muda dalam pilihan raya melalui pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik sahaja masih belum mencukupi untuk mengatakan bahawa sistem politik negara sudah sepenuhnya matang.
“Sebagai contoh, ada seorang anak muda dari Tenang, Segamat yang bernama Siti Nurul dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jadi dia terpaksa pindah ke Skudai (Johor).
“Bilangan pengundi di Skudai adalah tiga kali lebih banyak daripada pengundi di Tenang. Jadi Siti Nurul ini pindah ke Skudai, nilai kertas undinya merosot menjadi satu pertiga sahaja.
“Itu menjadi masalah besar kerana dia yang tinggal di kawasan bandar, suaranya menjadi hanya satu pertiga daripada kalau dia berada di kampung.
"Jadi, masalah yang dihadapinya tidak akan mendapat perhatian yang setimpal,” katanya dalam satu temu bual bersama Sinar Harian.
Chin Huat menjelaskan, keperluan untuk memastikan jumlah pengundi yang sama rata itu diperuntukkan di dalam Perkara 113(2) dan Seksyen 2(c) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan itu menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajib untuk memastikan jumlah pengundi di kawasan pilihan raya adalah ‘lebih kurang sama banyak’ dan mengurangkan pembahagian tidak sekata atau ‘malapportionment’.
Buat pertama kali, negara bakal menyaksikan pengundi muda layak mengundi semasa PRN Johor nanti.
Chin Huat berkata, isu kesamarataan jumlah pengundi antara kawasan juga tidak lagi boleh dikaitkan dengan isu melemahkan kuasa orang Melayu kerana pelaksanaan pendaftaran automatik Undi18 telah meningkatkan penglibatan kaum Melayu dalam proses pilihan raya.
“Dengan pelaksanaan pendaftaran automatik, bilangan peratusan orang bukan Melayu dalam jumlah pengundi telah merosot.
"Ini kerana bila dijumlahkan semua pengundi terutamanya bilangan anak muda yang peratusan Melayu lebih tinggi, Melayu akan menjadi majoriti di kebanyakan tempat,” katanya.
Jelas beliau, isu ketidaksamaan kuasa dalam kertas undi kini telah beralih daripada persaingan antara kaum kepada antara penduduk bandar yang secara puratanya lebih muda dan penduduk luar bandar yang secara umumnya sudah berusia.
Kadar pembandaran yang sangat tinggi khususnya di Semenanjung Malaysia menurut Chin Huat juga menyebabkan anak muda yang merupakan majoriti penduduk di bandar lebih memberikan perhatian terhadap masalah berkaitan kualiti hidup mereka.
Beliau berkata, antara isu membelenggu generasi muda di bandar ialah peningkatan kos sara hidup yang tidak sepadan dengan gaji, peluang pekerjaan terhad, harga rumah tidak mampu milik termasuk peningkatan jurang kekayaan.
“Jadi kesemua masalah ini akan menjadi isu yang akan dipersoalkan dan semakin hari kita akan lihat isu kaum itu menjadi pudar.
“Ia bukan disebabkan orang menjadi semakin liberal, tetapi kerana isu kualiti hidup dan kos sara hidup ini ia merentas kaum, agama dan bahasa,” ujarnya.
Dalam pada itu, Chin Huat berkata, hanya separuh daripada jumlah keseluruhan pengundi muda dan baharu yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diperlukan untuk keluar mengundi bagi membolehkan kumpulan tersebut menjadi elemen penentu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 13 2022
Wong Chin Huat berkata perbezaan ketara jumlah pengundi antara kawasan merupakan isu besar yang perlu ditangani jika negara mahu mencapai kematangan dalam politik. -Gambar fail/Sinar Harian
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.
Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.
PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.
PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein
PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.