awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Saya dah cukup umur undi'

Sinar Harian
Sinar Harian
12/08/2023
06:55 MYT
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman Faiz Abd Hamid, 18, yang pertama kali mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
KEPALA BATAS: Tubuhnya yang kecil disangka belum cukup umur 18 tahun untuk mengundi.
Itu dialami seorang remaja, Mohd Aiman Faiz Abd Hamid, 18, yang pertama kali mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.
Mohd Aiman dari Kampung Lembah yang hadir ke Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus dekat sini mencuri tumpuan apabila turut berbaris menunggu giliran.
"Ada juga yang pandang pelik bila saya beratur sama nak masuk bilik undi, mungkin sebab saya tak nampak macam budak layak mengundi.
"Selepas tunjuk kad pengenalan, baru mereka percaya," katanya.
Dia yang hadir seorang diri mengakui teruja dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga.
Katanya, ahli keluarga terutama ibu bapanya juga memberi semangat dan memintanya hadir awal untuk membuang undi.
"Dari semalam lagi saya dah buat semakan awal butiran di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tahu mengundi di mana dan saluran berapa. Jadi hari ni mudahlah, terus datang sini," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Pulau Pinang
#tubuh kecil
#Undi18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan