awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18

Israr Khalid
Israr Khalid
01/11/2022
22:13 MYT
PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
QYIRA: Konteks politik lokal mungkin tidak begitu sah untuk PRU akan datang, sebab ramai pengundi muda tidak duduk di mana kawasan mereka mengundi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Isu tempatan bukan menjadi perkara yang begitu ditumpukan pengundi muda atas pagar dalam mempertimbangkan calon mana yang mahu diundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
Pengasas Bersama Undi18, Qyira Yusri merasakan mereka lebih cenderung untuk memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.
Selain itu, kecelikan teknologi dan kebolehan akses kepada pelbagai sumber maklumat membuka minda mereka untuk melihat kepentingan isu yang lebih membawa impak besar kepada kehidupan mereka sebagai rakyat Malaysia.
Ini dapat dilihat apabila ada parti yang berani meletakkan calon muka baharu dan muda untuk berdepan dengan lawan yang lebih berusia, berpengalaman dan berpengaruh.
“Konteks politik lokal mungkin tidak begitu sah untuk PRU akan datang, sebab ramai pengundi muda tidak duduk di mana kawasan mereka mengundi.
“Kita lihat trend ini semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila peratusan keluar mengundi rendah kerana isu-isu yang dibangkitkan biasanya isu-isu lokal dan bukannya nasional.
“Jadi ramai pengundi tidak mempunyai inisiatif untuk pulang mengundi apabila mereka tidak tinggal di Johor,” katanya dalam program diskusi Malaysia Memilih pada Selasa.
Ujarnya, apa yang menjadikan PRU kali ini lebih menarik adalah dengan adanya kira-kira 7.8 juta pengundi kali pertama, di samping kumpulan pengundi berusia 18 tahun.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Undi18
#pengundi muda atas pagar
#Calon PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan