DEWASA ini pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil bakal direalisasikan dan dilaksanakan supaya selaras dengan penurunan umur pengundi di peringkat kebangsaan. Namun begitu, jika tanpa pelan jangka masa panjang pelaksanaan suatu undang-undang oleh kerajaan boleh merencatkan pembangunan belia bagaikan orang buta kehilangan tongkat.
Sistem pendidikan di Malaysia dilihat masih tidak mampu menyediakan para belia berumur 18 tahun untuk menghadapi cabaran sebagai seorang calon pilihan raya dengan subjek sivik dan pengajian am semata-mata. Subjek-subjek tersebut mungkin memberikan pendedahan tentang sejarah politik, tetapi tidak menekankan aspek asas negara demokrasi.
Subjek seperti sains politik, sosiologi, ekonomi dunia, sejarah dunia, perhubungan antarabangsa serta pentadbiran dan dasar awam perlu diterapkan dalam silibus persekolahan. Apabila para belia di zaman persekolahan diperkasakan dengan ilmu seperti yang dicadangkan, barulah sewajarnya perbandingan dengan negara-negara barat dibuat. Jika mereka tidak cukup pengalaman, kepakaran dan pemikiran kritikal; para belia akan terpesong dan tidak dapat memperjuangkan isu-isu yang menjejaskan rakyat Malaysia.
Sering kali negara kita dibandingkan dengan para belia di negara-negara barat seperti Amerika, United Kingdom dan juga Sweden di mana mereka diberikan peluang untuk berpolitik di usia yang muda. Perbandingan ini adalah tidak wajar dalam hal ini kerana Malaysia merupakan negara Asia yang sedang membangun serta masih kurangnya pendedahan para belia kepada “real-life experiences”, pemikiran kritikal, dan terutamanya kelemahan dalam silibus pendidikan yang merangkumi kesedaran politik, Raja Berperlembagaan, penggubalan polisi, kesedaran sivik, pengenalan mengenai “social contract” dan lebih banyak lagi.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, sebanyak 6.1 juta pengundi yang berumur 21-30 tahun telah mengundi dan ia merupakan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding dengan PRU 2013. Sementara itu, sebanyak 2.5 juta belia berumur 21-30 tahun tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi atas sebab ketidakpercayaan terhadap ahli politik dan mereka rasa satu undi mereka itu tidak membawa perubahan yang baharu kepada negara (hasil kajian Merdeka Centre, 2018). Walaupun pengundi dalam kalangan belia menunjukkan peningkatan tetapi penilaian dan penelitian terhadap manifesto, parti dan ahli politik serta pengambilan keputusan yang kukuh masih perlu dipertingkatkan.
Pelajar-pelajar lepasan sekolah yang baru bakal mengenali dunia dan para belia Malaysia kurang diberikan pendedahan dalam perbahasan serta diskusi terbuka terutamanya topik-topik “taboo” atau sensitif yang sering dielakkan. Anak-anak muda di negara barat dipupuk budaya untuk menyuarakan pendapat mereka tanpa disekat dan pengajar ataupun mentor mereka akan membimbing cara-cara untuk memperhalusi pemikiran mereka dan bagaimana mereka dapat realisasikan suatu idea dalam pembangunan negara. Mereka juga disemai budaya kepimpinan dan pengajaran politik sejak di bangku persekolahan dan luas dilaksanakan secara mendalam bagi membentuk belia yang berjaya dan bersedia untuk memimpin negara.
Tindakan pelaksanaan undang-undang dalam masa terdekat tanpa pelan “soft-landing” atau peralihan yang lancar boleh mengundang kegagalan para belia dalam persaingan dunia politik. Disebabkan kekurangan ilmu, tidak memahami kredibiliti seseorang calon politik dan budaya politik; para belia akan lebih mudah dipermainkan oleh ahli-ahli politik yang telah lama berkhidmat. Oleh itu, menteri-menteri, ahli-ahli Parlimen dan kesemua pemimpin negara harus mengambil usaha untuk meneliti implikasi keputusan mereka terlebih dahulu sebelum mengumumkan pelaksanaan atau menyediakan pelan pendidikan literasi politik yang mencukupi dan menyeluruh. Mungkin ada beberapa para belia antara 18-21 tahun yang menunjukkan semangat tinggi untuk terlibat dalam politik tetapi sebagai pemimpin-pemimpin yang berwibawa, mereka haruslah bertanggungjawab atas keputusan yang diambil dan memastikan golongan belia akan dapat menjayakan pelaksanaan tersebut.
Majlis Belia Malaysia (MBM) secara umumnya tidak menentang Undi 18 bahkan mendukungnya namun MBM suka menegaskan bahawa sistem sokongan iaitu pendidikan literasi politik dalam masa yang sama perlu diperkasakan. MBM juga turut melihat aspek keutamaan dalam kehidupan seseorang belia yang berumur 18-21 tahun di mana keutamaan mereka pada ketika kelompok umur tersebut adalah memperlengkapkan sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran di dada. Kepimpinan adalah terkait dengan soal ilmu, kemahiran, pengalaman bahkan hikmah. Ini bukan persoalan menafikan hak mereka untuk bertanding tapi persoalan mempersiapkan mereka menjadi pemimpin yang benar-benar mampu memimpin dengan baik.
Tidak hanya bercakap, MBM telah pun mengorak langkah menjayakan pendidikan literasi politik belia dalam setting informal yang lebih mudah dihadamkan oleh para belia untuk mendokong agenda Undi18. MBM misalnya telah menganjurkan Sekolah Politik 1.0 dan 2.0 yang mendapat sambutan hangat bagi mendedahkan belia kepada hal ehwal demokrasi dan sistem pilihan raya. Tidak cukup sekadar itu Model Parlimen telah pun dirangka bagi mendekati adik-adik di sekolah dengan model simulasi pilihan raya dan demokrasi. Namun disebabkan COVID-19, MBM terpaksa menunda program penting ini.
MBM juga telah pun mengadakan rundingan dengan Timbalan Menteri Undang-Undang, Datuk Mas Ermieyanti Samsudin dan Akademi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membantu menjayakan pendidikan literasi politik. Perbincangan dengan Dr. G Manimaran penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia turut diadakan bagi memantapkan modul pendidikan pilihan raya dalam kalangan generasi muda.
MBM juga sentiasa percaya kepada setting pembelajaran informal kerana belia lebih banyak belajar erti kehidupan dan pendidikan sivik di ruang ini. Disebabkan itulah MBM bersungguh-sungguh memperjuangkan isu profesionalisme kerja belia semenjak 2015 di mana peranan pengamal kerja belia atau pekerja belia berupaya membimbing belia dalam pelbagai aspek termasuk aspek politik dan Undi18 dalam ruang informal.
Ini merupakan sebahagian tindakan proaktif MBM bagi menjayakan Undi18 yang mesti didukung pendidikan literasi politik. Usaha ini juga mahu melindungi pengundi-pengundi muda daripada ahli politik yang mengambil pendekatan populis dan manipulasi dengan memainkan slogan yang hampa dari segi makna iaitu berikan anak muda peluang memimpin namun tidak dipersiapkan dengan pendidikan literasi politik dan diperingatkan dengan tanggungjawab amanah yang berat.
Kavita Maheendran
Penolong Setiausaha Agung
Majlis Belia Malaysia
Kenyataan Media
Tue Nov 30 2021
MBM berkata, sistem pendidikan di Malaysia dilihat masih tidak mampu menyediakan belia berumur 18 tahun untuk menghadapi cabaran sebagai seorang calon. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.
Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.
PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.
PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein
PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.