awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untuk menang PRU, BN tidak boleh ada ruang untuk 'opportunist', pedagang politik - Tok Mat

Firdaus Azil
Firdaus Azil
01/06/2022
04:37 MYT
Untuk menang PRU, BN tidak boleh ada ruang untuk 'opportunist', pedagang politik - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berucap merasmikan pembukaan Konvensyen Barisan Nasional bertemakan 'Kesetiaan dan Kestabilan' sempena dengan ulang tahun gabungan parti itu yang ke-48 di Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Tiada ruang untuk ‘opportunist politik’ dan pedagang politik dalam Barisan Nasional (BN) jika parti itu mahu kembali mendapatkan sokongan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, semua ahli dan pimpinan parti harus berpegang teguh kepada politik bermoral, kerana ia akan lebih bertahan dan dikenang.
Selain itu, beliau yang sinonim dengan panggilan Tok Mat berkata, BN juga harus lebih berani membuka ruang, menyokong dan mengangkat kepercayaan kepada calon yang berilmu, berakhlak, berprinsip dan memberikan jiwa nurani kepada negara dan bangsa.
“Ingat, dalam usaha membudayakan politik bermoral, kita sebenarnya tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Kita tidak perlu berterima kasih kepada sesiapa... tidak ada istilah tolak ansur dalam perkara moral.
“Dahulu kita dalam BN berbelas belas komponen. Bila kita kalah, kita cuma tinggal berempat. Semua meninggalkan kita kerana moral, perjuangan dan kesetiaan mereka telah ditafsir dan diubah-ubah mengikut selera dan perut yang tidak pernah kenyang,” katanya lagi.
Tok Mat berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Konvensyen BN bertemakan 'Kesetiaan dan Kestabilan' sempena dengan ulang tahun gabungan parti itu yang ke-48 di sini, hari ini.
Biarpun BN kini hanya mempunyai empat parti (UMNO, MCA, MIC dan PBRS), Tok Mat berkata, jika parti berpegang pada prinsip, pada politik bermoral, pada landasan dan falsafah yang berpandukan nilai, mereka pasti akan menang.
Dalam pada itu beliau berkata, BN kini perlu bersifat mula untuk lebih banyak menyerang dan ‘offensive’, bukannya menunggu dan ‘defensive’.
“Jangan berpeluk tubuh sahaja dan membiarkan BN karam dalam limpahan serangan bertalu-talu dari pelbagai sudut oleh Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Pendekatan ‘defensive’ kita selama ini, seolah-olah menggambarkan kita lemah dan salah.
“Saya kadang-kadang berasa sangat kesal atas sikap berdiam diri kita. Jentera parti-parti komponen nampak tidak berupaya menangkis tohmahan keji lawan kita dengan radikal dan berkesan,” katanya lagi.
Dengan sumber dan kelebihan yang ada, Tok Mat berkata, pendekatan tunggu dan lihat serta menjawab hanya apabila diserang mesti segera berakhir, sebaliknya, mereka mesti aktif, proaktif dan giat membongkar betapa ‘kegagalan’ PH dan PN selama ini.
Topic Berkaitan
#Konvensyen BN
#Datuk Seri Mohamad Hasan
#pedagang politik
#PRU 15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan