awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPKO beri jaminan kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Bernama
Bernama
05/08/2023
23:45 MYT
UPKO beri jaminan kekal bersama Kerajaan Perpaduan
Menurut Ewon, UPKO tidak dapat menerima cara PN berpolitik yang menggunakan sudut pandang sesuatu kaum dan agama sahaja sehingga kaum dan agama lain seolah-olah tidak mempunyai tempat. - Gambar fail/Bernama
TANJONG KARANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memberi jaminan akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.
Presidennya, Datuk Ewon Benedick, berkata gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah yang terbaik berbanding Perikatan Nasional (PN) bagi membawa negeri Sabah serta Sarawak terus maju bersama kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, UPKO tidak dapat menerima cara PN berpolitik yang menggunakan sudut pandang sesuatu kaum dan agama sahaja sehingga kaum dan agama lain seolah-olah tidak mempunyai tempat.
"Tetapi dalam Kerajaan Perpaduan, ini semua diberi ruang, sebabnya bagi masyarakat Sabah dan Sarawak menjunjung apa yang ada dalam Perlembagaan, agama Islam agama rasmi, Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan Yang di-Pertuan Agong adalah raja kita semua.
"Bagaimana, UPKO boleh sokong satu gagasan politik (PN) yang pandangan partinya tidak membantu Sabah dan Sarawak untuk terus maju bersama rakyat Malaysia yang lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Usahawan dan Kontraktor bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, di Restoran Dangau Rimba, di sini, pada Sabtu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas, UPKO yang bertanding atas tiket PH memenangi dua kerusi iaitu Penampang yang dimenangi Ewon dan Tuaran oleh Datuk Seri Wilfed Madius Tangau.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#pengundian awal
#UPKO
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan