awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amerika longgarkan pengharaman import dron buatan negara luar
Meta gesa Australia kaji semula larangan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun
Erich von Daeniken, penulis teori ‘makhluk asing kuno’ meninggal dunia pada usia 90 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha bangunkan Sabah lebih mudah - PM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/09/2020
12:01 MYT
Usaha bangunkan Sabah lebih mudah - PM
Muhyiddin berucap ketika Sesi Balai Rakyat Makmur Bersama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Usaha membangunkan Sabah menjadi lebih mudah apabila keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah memihak kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun usaha itu tidak hanya bergantung kepada kerajaan Persekutuan, sebaliknya melibatkan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri sendiri.
"Sukacita kita sudah menang di Sabah, jadi ia akan mudahkan untuk rancang dan duduk dengan kerajaan negeri.
"Saya kata begitu bukan hanya kerana ia sebelum ini dipimpin pembangkang, tetapi untuk tempoh akan datang, persefahaman antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat penting," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengakui masih terdapat jurang sosioekonomi penduduk di Semenanjung dan Sabah yang masih ketinggalan dan perlu diberi perhatian.
Beliau berkata demikian ketika Sesi Balai Rakyat Makmur Bersama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa.
Turut hadir, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PM
#Perdana Menteri
#Sabah
#ekonomi
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan