Usaha kerajaan memajukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini bukan hanya retorik, sebaliknya ia diterjemah dan dilaksanakan dengan pelbagai bentuk program, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata antara yang dilaksanakan kerajaan adalah merangka Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB).
Menerusi MIB, katanya, sebanyak 2 bilion unit saham amanah disediakan untuk masyarakat India oleh Permodalan Nasional Berhad dan ia seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti tersebut.
"Pemimpin India turut dibawa ke dalam Kabinet sebagai anggota pentadbiran, terdapat juga masyarakat India dalam pentadbiran jabatan dan agensi kerajaan. Ini satu komitmen terbaik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Ahmad Zahid menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2017 di Ladang Info Ternak di sini, pada Sabtu, yang dihadiri kira-kira 8,000 masyarakat pelbagai kaum.
Sambutan itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama kerajaan negeri Perak bagi merapatkan persefahaman serta perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia selain mempromosikan tradisi sambutan perayaan di negara ini sebagai tarikan pelancongan.
Acara itu turut mendapat liputan khas oleh 26 petugas media dari negara-negara ASEAN yang dibawa oleh Tourism Malaysia menerusi 'Mega Familiarisation Programme' (Mega Fam) ke seluruh negara.
Selain itu, timbalan perdana menteri berkata walaupun Malaysia terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya serta perayaan, namun perpaduan bukan masalah besar kepada negara.
"Ini kerana, kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri menjadikan soal perpaduan sebagai garis utama untuk mengekalkan rasa keharmonian, kecintaan dan kebersamaan antara kita," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta masyarakat India termasuk di Sungai Siput supaya memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang untuk memastikan nasib mereka terus terbela.
"Dahulu ada tokoh dari Sungai Siput (Tun S. Samy Vellu) dan tentunya kita harap orang Sungai Siput pilihlah pemimpin dari parti yang boleh membantu orang India di sini."...rugi besar jika masyarakat India di Sungai Siput tidak diwakili oleh wakil yang boleh memberikan pertolongan. Berubahlah dari sekarang supaya dapat memajukan Sungai Siput, Perak dan Malaysia keseluruhannya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2017
Ahmad Zahid hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2017 di Ladang Info Ternak di sini, pada Sabtu. - Foto Bernama.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.