awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul lawatan PM ke Arab Saudi ditolak - Wan Ahmad Fayhsal

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
28/03/2023
03:30 MYT
Usul lawatan PM ke Arab Saudi ditolak - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pembangkang telah menyediakan usul tergempar berkaitan isu tersebut. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memaklumkan usul berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di Dewan Rakyat telah ditolak.
Walau bagaimanapun, Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pembangkang telah menyediakan usul tergempar berkaitan isu tersebut.
"Seperti yang telah dicabar Pengarah JKOM (Jabatan Komunikasi Komuniti, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff), saya hadir ke sesi PMQT (sesi soal jawab Perdana Menteri) pagi ini.
"Malangnya soalan saya berkenaan lawatan rasmi Tambun ke Arab Saudi telah ditolak. Sayang peluang yang patut diterangkan dilepaskan begitu saja.
"Tetapi saya sudah sediakan 'backup plan' semalam iaitu Usul Tergempar dalam Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2).
“Maka tiada alasan tidak munasabah untuk Menteri Luar Negeri jelaskan kepada Dewan Rakyat," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.
Tambah beliau, rakyat perlu tahu hasil daripada lawatan tersebut.
"Pembayar cukai berhak tahu apa berlaku di Arab Saudi, siapakah yang wajar bertanggungjawab dan berapa kos perbelanjaan lawatan tersebut," ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan, pembangkang mengemukakan usul bagi meminta penjelasan tujuan lawatan Anwar yang didakwa Wan Ahmad Fayhsal sebagai ‘lawatan gagal’.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Wan Ahmad Fayhsal
#usul ditolak
#lawatan rasmi ke Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan