awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Azizah akui terguris dengan kenyataan Hadi

Bernama
Bernama
08/09/2014
15:35 MYT
Wan Azizah akui terguris dengan kenyataan Hadi
WAN AZIZAH: Menasihati semua pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan balas terhadap Abdul Hadi.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui terguris hati dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempersoalkan kebolehan dan kemampuannya sebagai calon Menteri Besar Selangor.
"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.
"Bagaimanapun tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihati semua pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan balas terhadap Abdul Hadi.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi," katanya.
Jumaat lepas, Abdul Hadi berkata PAS tidak menamakan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu berikutan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu tidak berkebolehan.
Abdul Hadi turut menegaskan, penolakan PAS terhadap Dr Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender tetapi kerana beliau tiada kredibiliti sebagai seorang pemimpin.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Abdul Hadi Awang
#Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail
#parti ekadilan rakyat
#PAS
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan