awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi

Bernama
Bernama
21/08/2024
11:11 MYT
Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika sidang media Mingguan Kabinet, di sini hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kenyataan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik' dan cuba menyalahkan pihak luar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bercakap dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini, jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menjelaskan beliau sendiri menonton siaran langsung ucapan Muhyiddin itu yang disiarkan menerusi media sosial.
"Bila dia panik dengan kenyataan yang telah dibuat, maka dia cari dan cuba salahkan mana-mana pihak. Saya sendiri menyaksikan ucapan mantan perdana menteri (Muhyiddin)...Sekarang ini saudara Wan Fayhsal mungkin panik, sebab sekali lagi Presiden Bersatu menjadi punca banyak kontroversi," katanya.
Wan Fayshal yang juga Ketua Pemuda Bersatu semalam membuat laporan polis ke atas portal Suara Keadilan dengan dakwaan portal itu menerbitkan klip video yang disunting dengan niat jahat untuk mencemarkan nama baik Muhyiddin selaku pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Ketua Pemuda Bersatu itu mendakwa rakaman video berkenaan disunting sehingga memperlihatkan Muhyiddin mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#Muhyiddin Yassin
#panik
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan