awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Felda dilabel sebagai anak emas kerajaan - PM

Fareez Azman
Fareez Azman
27/10/2022
06:44 MYT
Warga Felda dilabel sebagai anak emas kerajaan - PM
Ismail Sabri ketika tiba pada program Himpunan Keluarga Felda Teguh Bersama di Dewan Orang Ramai Felda Mayam hari ini. - Bernama
BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melabelkan warga Felda seluruh negara sebagai anak emas kerajaan.
Jelas Ismail, kerajaan sentiasa memberi perhatian dalam menjaga kebajikan dan kemakmuran warga Felda.
"Justeru itu, warga Felda sentiasa diberi perhatian khusus oleh kerajaan dan saya sendiri sehingga ada yang melabelkan warga Felda ini anak emas kerajaan.
"Jika label yang diberikan itu membawa maksud kesejahteraan warga Felda, ini bermakna kerajaan benar-benar menjaga kebajikan dan kemakmuran warga Felda," jelasnya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Keluarga Felda Teguh Bersama di Bera pada Khamis.
Tambah Ismail lagi, ia dibuktikan menerusi pelbagai inisiatif diumumkan saban tahun oleh kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup peneroka Felda.
"Kerajaan sentiasa serius dalam menjaga kemaslahatan Keluarga Malaysia termasuklah warga Felda yang saya kasihi.
"Ini dibuktikan dengan pelbagai inisiatif diumumkan saban tahun untuk meningkatkan taraf hidup peneroka Felda," katanya lagi.
Antara inisiatif itu, jelasnya, melibatkan model Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang ditambah baik bagi generasi kedua peneroka itu.
Ujarnya lagi, dana RM20 juta juga telah diperuntukkan menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan kepada pinjaman-pinjaman perumahan generasi baharu Felda.
"Kerajaan turut bersetuju memberi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah Felda di seluruh negara sebanyak RM800 sebulan selama empat bulan.
"Ini kerana kerajaan memahami cabaran dan kepayahan yang dihadapi pekebun kecil getah pada musim tengkujuh," jelasnya lagi.
Hadir sama dalam majlis itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Felda
#kerajaan
#ismail sabri yaakob
#anak emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan