awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yahya Jaafar Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, ketepikan Mohd Hairi

Bernama
Bernama
27/05/2023
12:11 MYT
Yahya Jaafar Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, ketepikan Mohd Hairi
Datuk Yahya Jaafar dinamakan sebagai Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru sekali gus mengetepikan Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah dalam pemilihan UMNO bahagian itu yang berlangsung hari ini. - Foto Facebook Yahya Jaafar
JOHOR BAHRU: Datuk Yahya Jaafar dinamakan sebagai Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru sekali gus mengetepikan Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah dalam pemilihan UMNO bahagian itu yang berlangsung hari ini.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Johor Bahru Mohd Seth Hussin pada 3.45 petang.
Yahya, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, meraih 296 undi berbanding Mohd Hairi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Larkin, yang mendapat 260 undi daripada 556 perwakilan yang hadir di sebuah hotel di sini.
"Saya berharap kita dapat satukan semula semangat kekeluargaan dan semangat parti yang wujud sebelum ini. Saya harap semua dapat berlapang dada untuk menerima saya sebagai Ketua Bahagian dan saya sentiasa akan menerima semua pihak untuk bekerjasama dalam meneruskan kelangsungan parti kita yang tercinta.
"Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Shahrir Samad yang telah memimpin UMNO bahagian selama 40 tahun," katanya kepada pemberita.
Yahya juga berkata bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dan sebagai pemimpin bahagian yang baharu, beliau terbuka serta sedia menerima segala teguran dan pandangan semua pihak.
Sebelum ini, pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru pada 18 Mac lepas ditangguh dan digantung susulan dakwaan kertas undi melebihi jumlah perwakilan yang hadir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yahya Jaafar
#Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru
#Mohd Hairi Mad Shah
#pemilihan UMNO bahagian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan