awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai

Sinar Harian
Sinar Harian
17/09/2023
01:45 MYT
Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai
ZULKIFLI: Kalau tak ada kepercayaan ahli kepada parti, susah kita nak bentuk bahagian yang kuat termasuklah jentera yang solid. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai, Zulkifli Jaafar mendedahkan dirinya akan bertanding bagi merebut jawatan ketua bahagian tersebut pada pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.
Menurut Zulkifli, biarpun belum diumumkan secara rasmi, pihaknya sudah pun melakukan persiapan menjelang pemilihan berkenaan.
“Insya-Allah saya akan bertanding KB (Ketua Bahagian)...straight forward sahajalah, nak sorok pun tak guna dah. Orang akan tahu punya saya akan bertanding.
“Persediaan tu macam biasa, macam grass root (akar umbi) tu dan kita kena bina balik kepercayaan ahli-ahli kepada parti.
“Kalau tak ada kepercayaan ahli kepada parti, susah kita nak bentuk bahagian yang kuat termasuklah jentera yang solid (mantap),” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Meraikan Petugas dan Jentera PRK Pulai P161 di kediamannya pada Sabtu.
Untuk rekod, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai (P161) lalu, Zulkifli tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat dengan majoriti sebanyak 18,641 undi.
Mengulas mengenai keputusan berkenaan, Zulkifli berkata, ia sebenarnya satu keputusan yang baik dan menunjukkan sokongan rakyat kini mula beralih kepada gabungan Perikatan Nasional (PN).
Malah katanya, sekiranya peratusan keluar mengundi lebih tinggi, PN mampu memenangi kerusi Parlimen Pulai pada PRK berkenaan.
“Kalau ikutkan bukan rasa kecewa kerana kita sasarkan macam Tan Sri kata iaitu 90 percent (peratus) pada PRK.
“Kalau tengok jumlah peratusan 47 peratus (47.33) keluar mengundi dan kalau dapat tambah hingga ke 75 peratus, kemenangan rasanya pada kita kerana kekuatan pada kita sebenarnya.
“Kalau tengok, cuma kalah dalam 6,000 dan bagi saya ia macam satu kemenangan juga, cuma belum masa lagilah...sekarang ni kita perlu berikan perhatian terhadap kepercayaan ahli lebih kepada parti,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ketua Bahagian Pulai
#Zulkifli Jaafar
#pemilihan MPT Bersatu
#PRK Parlimen Pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan