Skip to main content

Dunia

FIFA lancar fasa terkini jualan tiket Piala Dunia

FILE - Fans play with a ball outside the Metlife Stadium prior to the Club World Cup final soccer match between Chelsea and PSG in East Rutherford, N.J., Sunday, July 13, 2025. (AP Photo/Pamela Smith, File)
Para peminat bola sepak sedang beriadah santai di pekarangan Stadium MetLife di New Jersey menjelang perlawanan Piala Kelab Dunia FIFA. - AP

BERLIN: FIFA akan mengeluarkan kumpulan baharu tiket Piala Dunia lelaki pada Rabu, tepat 50 hari sebelum kejohanan bermula di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Badan induk bola sepak dunia itu memaklumkan peminat boleh membeli tiket bagi kesemua 104 perlawanan Piala Dunia melalui FIFA.com/tickets mulai 1300 GMT. Lebih lima juta tiket telah pun dijual setakat ini.

Advertisement

FIFA berkata tempat duduk di barisan hadapan stadium turut termasuk dalam kalangan tiket yang ditawarkan.

Ini merupakan fasa jualan terakhir, namun FIFA memaklumkan lebih banyak tiket akan terus ditawarkan secara berperingkat sehingga perlawanan akhir pada 19 Julai, bergantung kepada ketersediaan. Kejohanan itu bermula pada 11 Jun.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video