PARIS: Ketua Pengarah Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk 2030, Cyril Linette telah meletakkan jawatan susulan perselisihan dalaman, lapor akhbar Le Parisien pada Selasa yang memetik kenyataan daripada jawatankuasa berkenaan.
Menurut laporan media, terdapat "perbezaan pendapat yang tidak dapat diatasi" antara beliau dengan pengerusi jawatankuasa itu, Edgar Grospiron.
Advertisement
Peletakan jawatan Linette menyusul selepas pemergian tiga eksekutif lain sebelum ini.
Laporan media juga menyebut bahawa Presiden Perancis Emmanuel Macron kini sedang memberikan tekanan dan telah menetapkan tarikh akhir sehingga 15 Mac bagi penubuhan sebuah jawatankuasa penganjur yang berfungsi sepenuhnya.
Sukan Olimpik 2030 dijadualkan berlangsung di wilayah Alps, Perancis.
-- BERNAMA