Skip to main content

Malaysia

Anwar teruja bertemu legenda bina badan Dexter Jackson

[TB]_Anwar Ibrahim Dexter Jackson_FB Anwar Ibrahim
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memuat naik gambar bersalaman dengan Jackson. - Facebook Anwar
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu berkongsi keterujaan beliau selepas berkesempatan bertemu legenda bina badan dunia Dexter Jackson.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, beliau turut memuat naik gambar bersalaman dengan juara Mr Olympia 2008 itu.

“Ketemu legenda bina badan dunia, juara Mr. Olympia 2008 dan Masters Mr. Olympia 2012 iaitu Dexter Jackson.

"Saya terinspirasi. Nampak gaya kena masuk gim nanti," katanya menerusi hantaran tersebut.

Jackson, 56, memegang rekod sebagai juara  Arnold Classic sebanyak sembilan kali. 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement