PERTAHANAN Harimau Malaya, Daniel Ting, berdepan detik cemas sejurus pasukannya, Ratchaburi, menyingkirkan wakil Indonesia, Persib Bandung, dalam aksi kedua pusingan 16 di Stadium Gelora Bandung Lautan Api malam tadi.
Daniel beraksi penuh dalam kedua-dua perlawanan itu, di mana Ratchaburi membelasah Persib 3-0 dalam pertemuan pertama sebelum tewas tipis 0-1 dalam aksi kedua.
Advertisement
Keputusan itu menjamin kelayakan mereka ke suku akhir hasil kelebihan agregat 3-1.
Bagaimanapun, sejurus selepas tamat perlawanan, penyokong tuan rumah dilaporkan mula masuk ke padang dan melemparkan objek ke arah pengadil dan pemain.
Dalam video yang tular di laman-laman sosial, Daniel turut kelihatan berlari menyelamatkan diri ke dalam terowong pemain. - Stadium Astro