Skip to main content

Malaysia

Piala Srikandi Merdeka: Pemain sensasi Lim You menang penjaring terbanyak

Sumber: Stadium Astro
Nama Lim You mula menjadi sebutan tatkala menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan ketika Malaysia menundukkan Arab Saudi 9-0 dalam Kumpulan A.
Advertisement

PEMAIN Malaysia kelahiran Taiwan, Lim You, berjaya merangkul anugerah individu apabila dinobatkan selaku penjaring terbanyak dalam Kejohanan Piala Srikandi Merdeka di Kudus, Indonesia.

Bintang bola sepak wanita Bawah 17 Tahun (B-17) negara itu mencipta sensasi apabila merekodkan lapan gol sepanjang kejohanan, selain membantu pelapis Malayan Tigress itu meraih tempat ketiga menewaskan Jordan.

Namanya mula menjadi sebutan tatkala menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan ketika Malaysia menundukkan Arab Saudi 9-0 dalam Kumpulan A.

Baru berusia 14 tahun, tetapi kualiti kaki kirinya sudah menjadi bualan orang ramai, sekali gus bakal aset masa depan negara. - Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement