Skip to main content

Malaysia

PM ajak rakyat sokong atlet Muay Thai Malaysia buru gelaran dunia ONE Championship

VINH YEN, 22 Mei -- Senyuman gembira terukir di wajah atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib selepas berjaya memenangi pingat emas dalam kategori lelaki elit bawah 54 kilogram setelah menewaskan Huynh Hoang Phi dari Vietnam pada Sukan SEA ke-31 di Bacninh Gymnasium hari ini.  --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ahmad Nor Iman Aliff Rakib (gambar) bakal berdepan legenda Thailand Sam-A Gaiyanghadao dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bakal beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship, Jumaat ini.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, beliau berkata Ahmad Nor Iman Aliff bakal melakar sejarah sebagai atlet tempur Malaysia pertama yang layak beraksi bagi merebut gelaran itu.

“Ayuh kita beri sokongan padu kepada saudara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bakal beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship, Jumaat ini.

“Semoga terus mengharumkan nama Malaysia dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengukir kejayaan di persada dunia,” katanya. 

Atlet Muay Thai negara itu bakal berdepan legenda Thailand Sam-A Gaiyanghadao dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok.

 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement