Skip to main content

Malaysia

Wei Chong tekad lakar kejayaan lebih besar bersama Kai Wun di India

KUALA LUMPUR, 8 Jan -- Beregu lelaki negara Man Wei Chong dan Kai Wun Tee meraikan kemenangan selepas menewaskan beregu Jepun Hiroki Midorikawa dan Kyohei Yamashita dengan keputusan 21-9, 21-15 pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena di sini, hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Gandingan negara yang diletakkan sebagai pilihan ke-11 kejohanan itu mendapat “bye” pada pusingan 64 dan dijadualkan memulakan cabaran di Stadium Tertutup Indira Gandhi dalam pusingan 32. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Man Wei Chong bertekad untuk mencipta kejayaan lebih besar bersama pasangan asalnya, Tee Kai Wun pada Kejohanan Dunia 2026 di New Delhi, India yang akan berlangsung dari 17 hingga 23 Ogos ini.

Gandingan negara yang diletakkan sebagai pilihan ke-11 kejohanan itu mendapat “bye” pada pusingan 64 dan dijadualkan memulakan cabaran di Stadium Tertutup Indira Gandhi dalam pusingan 32.

Meskipun ketika ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah merombak struktur beregu lelaki bagi persediaan Sukan Olimpik Los Angeles 2028, Wei Chong dan Kai Wun kembali “disatukan” bagi kejohanan ini berdasarkan kelayakan ranking dunia mereka.

“Saya rasa pusingan kedua itu agak mencabar. Kalau tak salah mungkin akan lawan beregu Amerika Syarikat, prestasi mereka agak bagus tahun ini. Jadi, kami buat persiapan untuk melakukan yang terbaik,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini, hari ini. 

Wei Chong berkata tumpuan utamanya kini adalah untuk memberikan persembahan terbaik memandangkan kejohanan itu antara acara terbesar dalam kalendar badminton dunia.

Ditanya mengenai sasaran membawa pulang pingat bersama Kai Wun, beliau berkata pastinya mereka berdua mahukan perkara itu dengan memberikan aksi terbaik tanpa mengira siapapun lawan yang akan dihadapi.

Ahad lepas, Wei Chong muncul naib juara Korea Masters 2026 ketika digandingkan bersama Soh Wooi Yik selepas tumpas kepada Kai Wun yang berpasangan dengan Yap Roy King di pentas final.

Gandingan Wei Chong-Kai Wun dijadualkan bertemu sama ada pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith atau wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dev Ayyappan-Dhiren Ayyappan pada pusingan 32 nanti.

Sekiranya berjaya mara ke pusingan 16, mereka berkemungkinan akan bertemu rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik atau pasangan dari Thailand atau Jerman.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement