Skip to main content

Sukan

Boling padang: Kuartet wanita lakar sejarah, rangkul gelaran pertama Terbuka Australia

Skuad boling padang negara melakar sejarah apabila merangkul gelaran pertamaย dalam acara foursย wanita pada Kejohanan Terbuka Australia di Gold Coast, hari ini. - Foto Facebook Bowls Australia
Skuad boling padang negara melakar sejarah apabila merangkul gelaran pertamaย dalam acara foursย wanita pada Kejohanan Terbuka Australia di Gold Coast, hari ini. - Foto Facebook Bowls Australia

Advertisement

KUALA LUMPUR: Skuad boling padang negara melakar sejarah apabila merangkul gelaran pertama dalam acara fours wanita pada Kejohanan Terbuka Australia di Gold Coast, hari ini.

Kuartet Malaysia dibarisi dua bekas juara dunia, Aleena Ahmad Nawawi dan Emma Firyana Saroji, bersama-sama Nurul Alyani Jamil serta Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman menewaskan pasukan Victoria 19-13 untuk merangkul kejuaraan pada perlawanan akhir edisi 2026 yang berlangsung di Broadbeach Bowls Club.

Emma Firyana berkata beliau amat berbangga dengan rakan sepasukannya atas kejayaan itu.

โ€œMeskipun berdepan pelbagai cabaran, kami mempamerkan prestasi cemerlang serta aksi yang hebat hari ini. Saya amat bersyukur atas kejayaan ini,โ€ katanya menerusi saluran YouTube Bowls Australia.

Kejayaan hari ini menyaksikan Malaysia meraih gelaran pertama pada Terbuka Australia sejak 2007, apabila Siti Zalina Ahmad muncul juara acara singles wanita.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement