PELUMBA YY Pang Racing Team, Md Khairi Asyraf Mahmood, terlibat dalam kemalangan ketika sesi Latihan Bebas 2 (FP2) semalam.
Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan menjelang saingan Kejuaraan MAM Cub Prix 2026 Pusingan 5 di Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, perkembangan terkini melegakan apabila pihak pasukan mengesahkan Khairi berada dalam keadaan selamat selepas insiden tersebut.
“Insiden Khairi semasa sesi Latihan Bebas 2 tadi,” menurut YY Pang Racing Team menerusi perkongsian di media sosial.
Pihak pasukan turut mengesahkan keadaan pelumba berkenaan dengan ringkas: “Rider is OK.”
Khairi mengalami kecederaan bahu dan meneruskan saingan bagi sesi kelayakan.