Skip to main content

Sukan

Liga Super: Gol lewat Tabinas pastikan Selangor tewaskan Melaka 3-2

Antara aksi-aksi pada separuh masa kedua perlawanan #SFCMEL di Stadium MBPJ yang sempat dirakamkan sebentar tadi.  Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir memberi sokongan anda
Antara aksi menarik dalam perlawanan Liga Super 2026/2027 antara Selangor FC dan Melaka FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.- Foto Selangor FC
Advertisement

PETALING JAYA: Selangor FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menewaskan Melaka FC 3-2 dalam saingan Liga Super 2026/2027 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Gergasi Merah meraih tiga mata penuh untuk kekal di tangga ketiga dengan sembilan mata, selain terus memberi tekanan kepada Kuching City FC di kedudukan kedua yang memiliki kelebihan perbezaan jaringan.

Selangor bermula garang dan hanya memerlukan 11 minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Chrigor Moraes.

Gol itu meningkatkan keyakinan tuan rumah untuk terus menguasai permainan, manakala Melaka cuba meningkatkan tekanan dalam usaha memburu jaringan penyamaan.

Bagaimanapun, kegagalan Melaka menyempurnakan peluang selain kekentalan benteng pertahanan Selangor menyaksikan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Memasuki babak kedua, Melaka meningkatkan intensiti serangan, namun Selangor kekal tenang sebelum Moraes sekali lagi menghukum kelalaian benteng pelawat dengan meledak gol keduanya pada minit ke-51 untuk melebarkan kedudukan 2-0.

Enggan mengalah, Melaka bangkit dan berjaya merapatkan jurang menerusi Syahir Abdul Rashid pada minit ke-59 sebelum Dong-Hyeon Do menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-75.

Ketika perlawanan kelihatan menuju keputusan seri, Jefferson Tabinas muncul wira Selangor apabila meledak gol kemenangan pada minit 90+1 untuk memastikan skuad kendalian Kim Pan Gon menamatkan aksi dengan tiga mata penuh.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement