Skip to main content

Sukan

Malaysia buka kempen BAJC dengan kemenangan ke atas Macau

amanz.my
Esok, Malaysia dijadual berdepan Korea Selatan sebelum membuat perhitungan dengan Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan D pada Ahad bagi memburu slot ke suku akhir. - Foto Badminton Asia
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen Kumpulan D acara berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2026 dengan langkah kanan selepas menewaskan Macau 2-0 di Yatsushiro City General Gymnasium, Jepun hari ini.

Skuad remaja negara menguasai saingan tersebut dengan mencatat kemenangan agregat 110-47 selepas menyapu bersih kesemua 10 perlawanan.

Sepuluh aksi berkenaan melibatkan masing-masing dua acara perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Esok, Malaysia dijadual berdepan Korea Selatan sebelum membuat perhitungan dengan Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan D pada Ahad bagi memburu slot ke suku akhir.

Pada edisi tahun lepas di Solo, Indonesia, kempen skuad remaja kebangsaan berakhir di peringkat suku akhir selepas kesemua wakil negara tumpas kepada lawan masing-masing.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement