BEKAS jaguh dekatlon kebangsaan, Malik Tobias, mahu penganjuran kejohanan yang memberi fokus khusus kepada acara heptatlon dan dekatlon diperbanyakkan dari peringkat akar umbi hingga ke tahap tertinggi.
Menurut Malik, pendedahan berterusan penting bagi melahirkan lebih ramai atlet yang mampu bersaing dalam acara multi-disiplin tersebut.
Beliau juga akan berbincang dengan Olahraga Malaysia bagi mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman untuk membimbing atlet heptatlon dan dekatlon secara sepenuh masa.
Katanya, atlet sedia ada seperti Norliyana Kamaruddin dalam acara heptatlon dan juara dekatlon Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2026, Wilson Quaik, masih memerlukan lebih banyak pendedahan.
Mereka juga memerlukan bimbingan berkualiti bagi memperbaiki aspek teknik, stamina serta ketahanan mental yang menjadi tuntutan utama acara tersebut.
- Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com