Skip to main content

Sukan

Mesir tewaskan Rusia tanpa kelibat Salah

Soccer Football - International Friendly - Egypt v Russia - Cairo International Stadium, Cairo, Egypt - May 28, 2026 Egypt's Mostafa Ziko celebrates scoring their first goal REUTERS/Mohamed Abd El Ghany
Aksi Mostafa Ziko meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukan ketika perlawanan persahabatan antara Mesir dan Rusia di Cairo International Stadium, Kahirah, Mesir, 28 Mei 2026. REUTERS

MESIR memperoleh langkah positif dalam persiapan ke Piala Dunia dengan kemenangan 1-0 ke atas Rusia dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Mostafa Ziko bertindak sebagai wira Mesir menerusi gol yang dijaring pada minit ke-65.

Mesir turut melakukan 10 pertukaran pemain sepanjang perlawanan.

Salah yang baru menyertai kem latihan pasukan kelmarin selepas mengakhiri kariernya bersama Liverpool hujung minggu lalu sememangnya dijangka tidak diturunkan.

Mesir akan menentang Brazil dalam satu lagi aksi persahabatan di Cleveland, Amerika Syarikat pada 6 Jun sebelum membuka kempen Kumpulan G Piala Dunia menentang Belgium di Seattle pada 15 Jun.
 

Must Watch Video

Advertisement