Skip to main content

Sukan

Pengadil VAR sahkan gol Haaland diberi 'cuti'

Soccer Football - Premier League - Manchester United v Manchester City - Old Trafford, Manchester, Britain - September 13, 2026 Manchester City's Erling Haaland reacts as referee Michael Oliver awards their first goal following a VAR review Action Images via Reuters/Jason Cairnduff EDITORIAL USE ONLY. NO USE WITH UNAUTHORIZED AUDIO, VIDEO, DATA, FIXTURE LISTS, CLUB/LEAGUE LOGOS OR 'LIVE' SERVICES. ONLINE IN-MATCH USE LIMITED TO 120 IMAGES, NO VIDEO EMULATION. NO USE IN BETTING, GAMES OR SINGLE CLUB/LEAGUE/P
Reaksi Erling Haaland ketika pengadil Michael Oliver menganugerahkan gol pertama mereka susulan semakan VAR ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Manchester City di Old Trafford, Manchester, Britain, 13 Sept 2026. REUTERS
Advertisement

PENGADIL Video Bantuan Pengadil (VAR), Matt Donohue dan pembantunya, Blake Antrobus tidak diberikan tugasan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini susulan kontroversi gol kemenangan Erling Haaland dalam derbi Manchester.

Kedua-dua pegawai berkenaan dijangka hanya kembali bertugas selepas tamat rehat antarabangsa.

Tindakan tersebut selepas badan pengadil Pro Ref mengakui berlaku kesilapan ketika mengesahkan jaringan penyerang Manchester City itu dalam kemenangan 1-0 ke atas Manchester United.

Gol Haaland pada babak kedua pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid, sebelum semakan VAR dilakukan dan keputusan itu diubah dengan mengesahkan kedudukannya tidak melanggar undang-undang permainan.

Bagaimanapun, Pro Ref kemudian mengakui pasukan VAR gagal mengambil kira pengaruh rakan sepasukan Haaland, Enzo Fernandez, yang berada pada kedudukan tidak ofsaid tetapi cuba memainkan bola dalam situasi berkenaan.

Keputusan itu dibuat oleh Ketua Pegawai Pengadil, Howard Webb bersama pasukan pengurusan badan pengadil berkenaan sebagai susulan kepada kesilapan yang mencetuskan perdebatan hangat selepas perlawanan.

Ketiadaan Donohue dan Antrobus daripada senarai tugasan EPL hujung minggu ini dilihat sebagai tindakan susulan terhadap kontroversi yang tercetus, selepas jaringan Haaland akhirnya menjadi pemisah dalam pertembungan dua seteru Manchester itu. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement