Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Jatuh tujuh anak tangga! Presiden Persatuan Bola Sepak negara ranking ke-32 dunia letak jawatan

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group A - South Africa v South Korea - Estadio Monterrey, Monterrey, Mexico - June 24, 2026 South Korea's Bae Jun-ho, Son Heung-min, Eom Ji-sung, Kim Moon-hwan and teammates applaud their fans after the match REUTERS/Eloisa Sanchez
Skuad Pahlawan Taeguk menerima kecaman hebat daripada penyokong Korea Selatan. - StadiumAstro
Advertisement

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA), Chung Mong-gyu, dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan susulan kegagalan pasukan negara itu melepasi saingan peringkat kumpulan dalam kempen Piala Dunia 2026.

Dia dijangka akan berundur berkuat kuasa 20 Julai ini selepas mempengarusikan mesyuarat KFA di Cheonan selepas menerajui badan induk bola sepak Korea Selatan itu sepanjang 13 tahun.

"Tatkala memikul tanggungjawab besar sebagai ketua KFA, saya telah mengejar pembangunan dan kejayaan buat bola sepak Korea.

"Terdapat detik-detik di mana saya berjaya mencapai jangkaan dan detik-detik di mana saya membuatkan anda kecewa. Kejayaan Korea Selatan diraih dengan penghargaan kepada pemain-pemain kita dan penyokong dan segala kesilapan ialah tanggungjawab saya." katanya dipetik dari MakanBola.

Skuad Pahlawan Taeguk menerima kecaman hebat daripada penyokong Korea Selatan. Gelombang kemarahan tercetus selepas Korea Selatan tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 walaupun hadir dengan harapan tinggi serta dibarisi pemain bintang seperti Son Heung-min, Lee Kang-in dan Kim Min-jae.

Kekalahan kepada Mexico dan Afrika Selatan menyaksikan mereka gagal mara ke pusingan kalah mati.  

Must Watch Video

Advertisement