Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Jurulatih Mesir dedikasi kejayaan mara ke pusingan 16 terbaik buat rakyat Palestin

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Round of 32 - Australia v Egypt - Dallas Stadium, Arlington, Texas, U.S. - July 3, 2026 Egypt coach Hossam Hassan celebrates with a Palestine flag after the match as Egypt qualify for the Round of 16 stage of the World Cup REUTERS/Hannah Mckay TPX IMAGES OF THE DAY
Hossam mengibarkan bendera Palestin selepas tamat perlawanan sebagai simbol solidariti terhadap rakyat Palestin. -Foto Reuters
Advertisement

MIAMI: Pengendali skuad bola sepak kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mendedikasikan kejayaan bersejarah pasukannya mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 kepada rakyat Palestin di Gaza.

Mesir mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Australia 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan dalam aksi pusingan 32 terbaik di Dallas Stadium, Arlington, Texas.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Hossam berkata perjuangan anak buahnya di atas padang adalah untuk membawa sedikit kegembiraan kepada penduduk Gaza yang sedang berdepan krisis kemanusiaan.

"Saya dedikasikan kemenangan ini kepada rakyat Mesir dan rakyat Palestin yang baik serta bermaruah," katanya.

Beliau turut mengibarkan bendera Palestin selepas tamat perlawanan sambil menzahirkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Dedikasi itu turut mencetuskan sambutan dalam kalangan penduduk Gaza yang mengikuti perlawanan berkenaan menerusi tayangan awam dan siaran langsung.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai berkumpul di kawasan kem pelarian dan lokasi yang musnah akibat konflik bagi meraikan kejayaan Mesir.

Kemenangan bersejarah itu menyaksikan wakil tunggal Afrika Utara tersebut dijadualkan bertemu juara bertahan Argentina pada pusingan 16 terbaik.

Must Watch Video

Advertisement