ARLINGTON: Penyokong England meraikan kemenangan 4-2 pasukan itu ke atas Croatia dalam perlawanan Kumpulan L pada Piala Dunia FIFA 2026 di Arlington, Texas, pada Selasa, 17 Jun, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Penyokong berkumpul di luar stadium selepas perlawanan sambil melaungkan sorakan, menyanyikan lagu dan mengibarkan bendera bagi meraikan kemenangan England dalam perlawanan pembukaan mereka pada kejohanan itu.
Keputusan itu membolehkan England mengutip tiga mata dalam Kumpulan L selepas perlawanan yang menyaksikan enam gol dijaringkan menentang Croatia.
Sambutan berterusan di sekitar stadium apabila penyokong mengalu-alukan keputusan pembukaan yang positif untuk kempen Piala Dunia England.
-- BERNAMA-ANADOLU