Skip to main content

Sukan

Sabah FK cipta sejarah, mara ke Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama

WE MADE HISTORY TONIGHT! "Sabah" FC for the first time in the League stage of the UEFA Champions League! 🏆 Faith, struggle and fight until the end.. We got the award for all of these tonight! WE ARE IN THE MORNING! WE ARE IN THE LEAGUE STAGE OF THE CHAMPIONS LEAGUE! _FB Sabah FC
Sabah FK layak ke saingan UCL buat kali pertama selepas menewaskan Hapoel Be'er-Sheva 5-2 selepas masa tambahan dalam aksi timbal balik play-off awal pagi tadi. - Foto Sabah FC
Advertisement

SABAH FK mencipta sejarah tersendiri apabila melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) buat kali pertama selepas menewaskan Hapoel Be'er-Sheva 5-2 selepas masa tambahan dalam aksi timbal balik play-off awal pagi tadi.

Kemenangan dramatik di Bank Respublika Arena itu menyaksikan juara Azerbaijan berkenaan mara dengan agregat 6-4 selepas tewas 1-2 pada perlawanan pertama di gelanggang lawan minggu lalu.

Sabah bermula dengan tugas sukar apabila Igor Zlatanovic meletakkan wakil Israel itu di hadapan seawal minit ke-10, namun Christian Nwachukwu menyamakan kedudukan sebelum rehat. 

Hapoel sekali lagi mendahului menerusi Guy Mizrahi pada minit ke-61 sebelum Umarali Rakhmonaliev menghidupkan semula harapan tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-74.

Ketika kelihatan bakal tersingkir, Tellur Mutallimov muncul wira apabila menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. 

Sabah kemudian memanfaatkan kelebihan momentum menerusi jaringan Patrick Orphe Mbina dan Joy Lance Mickels bagi mengesahkan kemenangan bersejarah itu.

Lebih manis, pencapaian tersebut hadir hanya sembilan tahun selepas penubuhan kelab berkenaan pada 2017. 

 

 

Sabah yang menjuarai Liga Perdana Azerbaijan buat kali pertama musim lalu kini bakal membuat penampilan sulung mereka di pentas paling berprestij bola sepak kelab Eropah.

Dalam kempen kelayakan musim ini, Sabah terlebih dahulu menyingkirkan The New Saints dari Wales, KuPS dari Finland dan Aarhus dari Denmark sebelum menewaskan Hapoel Be'er-Sheva dalam play-off untuk menempah tiket ke fasa liga UCL.

Kejayaan itu turut meletakkan Sabah sebagai antara kisah kejutan terbesar bola sepak Eropah musim ini, sekali gus membuka lembaran baharu dalam sejarah kelab muda dari Baku tersebut.

Must Watch Video

Advertisement