SIAPA sangka, kelab ini menempuh ranjau berduri dan mengambil masa lama untuk kembali ke kancah utama liga terbaik dunia.
Itu cerita Coventry City yang akan kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan.
Advertisement
Penantian selama 25 tahun berakhir apabila kali terakhir mereka bersaing dalam EPL adalah pada musim 2000/01.
Pada 2017, malang menimpa apabila Coventry tersingkir ke divisyen keempat, namun cerita kebangkitan itu wajar menjadi inspirasi kelab lain.
The Sky Blue Army pernah memiliki masalah kewangan, isu pemilikan dan tiada venue tetap tetapi indahnya bola sepak sehingga mampu menamatkan tempoh 9,113 hari mereka untuk kembali bersaing dengan gergasi England.
Magis bekas pemain England dan Chelsea, Frank Lampard, memacu pasukan itu merealisasikan impian selepas lama menapak dalam divisyen kedua. Coventry bakal mengakhiri kedudukan selaku juara liga selepas berada 11 mata di hadapan.
Sepanjang 43 perlawanan, mereka memenangi 25 aksi dan menanti masa untuk merangkul kejuaraan. - Stadium Astro