Skip to main content

Sukan

Senegal pecat jurulatih Thiaw susulan kekalahan pada saingan 32 terakhir Piala Dunia

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Round of 32 - Belgium v Senegal - Seattle Stadium, Seattle, Washington, U.S. - July 1, 2026 Senegal coach Pape Thiaw during the match REUTERS/Agustin Marcarian
Aksi Pape Thiaw ketika perlawanan pusingan 32 Piala Dunia FIFA 2026 antara Belgium dan Senegal di Stadium Seattle, Seattle, Washington, AS, 1 Julai 2026. REUTERS
Advertisement

DAKAR: Senegal telah memecat Ketua Jurulatih Pape Thiaw, seminggu setengah selepas skuad bimbingannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia akibat tewas kepada Belgium, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik kenyataan Persekutuan Bola Sepak Senegal (FSF) pada Ahad.

FSF memaklumkan bahawa Thiaw dan keseluruhan barisan kejurulatihannya telah dilepaskan daripada tugas mereka.

Senegal tersingkir di pusingan 32 terakhir Piala Dunia itu selepas mendahului perlawanan 2-0, namun Belgium bangkit menyamakan kedudukan pada lewat permainan sebelum menang 3-2 dalam masa tambahan.

Bekas penyerang itu telah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih Senegal sejak lewat 2024.

Thiaw pernah mencetuskan kontroversi pada perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika Januari lepas apabila mengarahkan pemainnya keluar dari padang sebagai protes terhadap keputusan pengadil.

Pasukan itu akhirnya kembali ke padang dan memenangi perlawanan itu, namun beberapa minggu kemudian, trofi itu diberikan kepada Maghribi ekoran tindakan Thiaw.

Media melaporkan bekas pemenang Piala Dunia Perancis 1998, Patrick Vieira, antara calon yang disebut-sebut bakal mengambil alih jawatan itu.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement