awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 pasukan terbaik dunia berentap di kejohanan ONE Esports Dota 2 di Singapura

Haider Yutim
Haider Yutim
15/11/2019
16:56 MYT
12 pasukan terbaik dunia berentap di kejohanan ONE Esports Dota 2 di Singapura
Kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational akan diadakan pada 20 hingga 22 Disember ini. - Foto ONE
SEBANYAK 12 pasukan telah diumumkan sebagai peserta di kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational yang akan berlangsung bulan depan.
Kejohanan jemputan yang akan diadakan di Stadium Tertutup Singapura bakal menyaksikan pasukan-pasukan e-sukan dunia berentap untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai AS$500,000 (RM2,077,365).
Pasukan-pasukan tersebut ialah Alliance, Evil Geniuses, Gambit, J.Storm, Natus Vincere, PSG.LGD, Team Aster, Team Liquid, Team Secret, TNC Predator, Virtus.pro and Vici Gaming.
Selain itu, terdapat juga sesi bertemu peminat oleh pasukan-pasukan Dota2 yang terpilih.
Acara tersebut akan turut menampilkan hos e-sukan wanita terkenal, Sheever dan beberapa lagi nama besar seperti TobiWan, BSJ, ODPixel, Fogged, Black^, Trent, Capitalist, dan bintang Cosplay, Redemption Props.
Sementara itu, ketua pengarah eksekutif ONE Esports, Carlos Alimurung dalam kenyataannya berkata acara itu akan menjanjikan pengalaman yang menakjubkan bagi penonton dan pasukan-pasukan yang bertanding.
"Peminat bukan sahaja dapat menyaksikan persaingan yang hebat di antara pasukan-pasukan terbaik dunia Dota2, tetapi juga pertunjukan-pertunjukan hebat dari pemain cosplay dan bakat-bakat yang hadir," katanya.
Kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational akan diadakan pada 20 hingga 22 Disember ini.
Acara yang berlangsung selama tiga hari itu merupakan acara ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational yang pertama dianjurkan oleh ONE Esports.
Topic Berkaitan
#DOTA2
#e-sukan
#Evil Geniuses
#ONE Championship
#ONE Esports
#ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational
#Stadium Tertutup Singapura
#Team Liquid
#Team Secret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan