2 peminat tenis meninggal dunia ketika saksikan final ATP di Turin

Insiden berlaku ketika penonton menantikan aksi membabitkan Lorenzo Musetti dan Tylor Fritz. - Stadium Astro
DALAM kerancakan bintang tenis ternama dunia berentap dalam kejohanan hujung tahun -- final ATP, penganjuran edisi ini turut disulami berita sedih selepas dua penonton yang hadir disahkan meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan pada hari kedua di Turin Arena.
Ringkasan AI
- Dua penonton berusia 70 dan 80 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyaksikan perlawanan tenis pada hari kedua Final ATP di Turin Arena.
- Insiden menyebabkan perlawanan antara Lorenzo Musetti dan Tylor Fritz terpaksa berlangsung lewat, dengan pasukan perubatan gagal memberikan rawatan awal kepada mangsa.
- Persekutuan Tenis Itali (FITP) dan pihak ATP mengeluarkan kenyataan khabar duka cita, memberi takziah kepada keluarga mangsa, sementara kejohanan ATP Finals 2025 berlangsung dengan aksi pusingan kalah mati di Stadium Astro.
Pasukan perubatan yang ditempatkan di venue kejohanan bergegas untuk memberikan rawatan awal, namun malangnya gagal.
Persekutuan Tenis Itali (FITP) dan pihak ATP turut mengeluarkan kenyataan khabar duka cita itu dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas insiden yang tidak dijangka itu.
Kejohanan ATP Finals edisi 2025 masih berlangsung dengan menyaksikan jaguh handalan dunia ketika ini berentap di peringkat kumpulan dalam misi mara ke pusingan kalah mati kejohanan. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


