KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia berada pada landasan tepat untuk menghantar 30 atlet ke Sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai depan, apabila 25 atlet telahpun melayakkan diri setakat ini.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, terbaharu kontinjen negara mendapat satu slot peruntukan semula bagi acara memanah recurve wanita.
Beliau berkata, atlet yang bakal mengisi slot itu akan ditentukan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dalam masa terdekat.
"Masih ada lima lagi atlet sedang menunggu melibatkan sukan olahraga, golf dan renang. Bagi Paralimpik pula, 19 atlet telah layak manakala 12 lagi masih menanti pengesahan status kelayakan," katanya pada sidang media secara maya, selepas mesyuarat Penyelarasan Kontinjen Malaysia Tokyo 2020.
Lima atlet yang masih menanti status kelayakan ialah jaguh lompat tinggi Lee Hup Wei, Azreen Nabila Alias (100m wanita), Kelly Tan (golf wanita), Welson Sim (renang 200m/400m gaya bebas lelaki) dan Phee Jinq En (100m kuak dada wanita).
Sementara itu, Reezal Merican berkata Datuk Lee Chong Wei akan kekal sebagai ketua kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo.
Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan bersama pemenang tiga pingat perak Olimpik itu dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, untuk membincangkan secara lebih mendalam mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.
Chong Wei sebelum ini, dilaporkan tidak akan menyertai atlet negara ke Tokyo susulan faktor kesihatan, malah akan melaksanakan tanggungjawabnya dari tanah air.
Chong Wei diumumkan sebagai CDM pada Jun 2019, sejurus selepas beliau mengumumkan persaraannya susulan menghidap kanser hidung pada September 2018. Namun selepas mendapatkan rawatan di Taiwan, legenda badminton negara itu disahkan pulih daripada penyakit tersebut.
Reezal Merican berkata, tarikh majlis penyerahan Jalur Gemilang yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan pertemuan atlet negara bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dimaklumkan kemudian.
Sasaran kontinjen negara dijangka diumumkan seminggu sebelum upacara perasmian temasya itu, yang dijadual pada 23 Julai.
Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata pihaknya terpaksa menggantikan Khairul Anuar Mohamad, sekiranya atlet memanah recurve lelaki itu tidak dapat menggalas tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang pada majlis perasmian.
"Sebelum ini memang ada tanda-tanda daripada Khairul, sekiranya beliau masih keberatan, kita terpaksa menggantikan beliau dengan atlet lain. Cuma atlet yang tiada acara pada masa itu, saya ingat kebanyakannya badminton, jadi kita akan putuskan kemudian," jelasnya.
Khairul Anuar dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang bersama pemain badminton beregu campuran, Goh Liu Ying, namun pemanah itu menyatakan kerisauannya kerana perlu beraksi dalam acara berpasukan campuran pada pagi 24 Julai, sekiranya seorang pemanah wanita negara layak ke Tokyo.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, terbaharu kontinjen negara mendapat satu slot peruntukan semula bagi acara memanah recurve wanita. - Gambar fail
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Sukan SEA: Cuaca panas, penyakit bawaan haba kebimbangan utama kontinjen Malaysia
Kesan utama penyakit bawaan haba seperti strok haba kekal menjadi kebimbangan utama pasukan perubatan kontinjen negara di Sukan SEA 2023 yang berlangsung dalam fenomena cuaca panas melampau, di sini.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.
APG: Malaysia mungkin hantar kontinjen kecil
Berdepan kekangan seperti bajet, kesuntukan masa untuk mempersiapkan kontinjen serta kebimbangan mengenai keselamatan atlet susulan varian Omicron.
Paralimpik Tokyo: Sasaran tiga pingat emas kekal relevan
Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, tiada campur tangan politik dalam sukan dan amalan itu perlu diteruskan.
Tokyo 2020: Rangkuman pencapaian kontinjen Malaysia, pingat pertama badminton lonjak semangat atlet
Kontinjen Malaysia menarik nafas lega apabila beregu badminton lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbangkan pingat pertama di Tokyo.
Malaysia hantar kontinjen keempat terbesar Sukan Para ASEAN 2020
Thailand menghantar kontinjen terbesar dengan 317 atlet diikuti juara bertahan, Indonesia (306) manakala tuan rumah, Filipina menyenaraikan 274 atlet.
Kegagalan capai 70 emas Sukan SEA 2019 harus diterima semua pihak - Ketua Kontinjen
Pengurusan kontinjen negara akan membuat bedah siasat bagi mencari punca atlet negara gagal mencapai misi.
Program Podium bagus, cuma perlu ditambah baik - Tunku Imran
Program Podium merupakan satu program yang bagus dan perlu dikekalkan dengan penambahbaikan, kata Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.
Sukan SEA: Senarai pemenang pingat emas Malaysia
Berikut pemenang pingat emas dalam kalangan atlet Malaysia pada Sukan SEA ke-28.