awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

32,000 pelancong luar saksi perlawanan United-ASEAN All-Stars, pacu industri pelancongan

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2025
12:26 MYT
32,000 pelancong luar saksi perlawanan United-ASEAN All-Stars, pacu industri pelancongan
Maybank Challenge Cup 2025 membuka lembaran baharu buat bola sepak serantau, bukan sahaja dari sudut pembangunan sukan, tetapi sebagai pemacu pelancongan - Foto/ProEvent
KUALA LUMPUR: Kehadiran lebih 32,000 pelancong luar negara sempena perlawanan Maybank Challenge Cup 2025 antara Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu malam bukan sahaja menyemarakkan suasana bola sepak, malah melonjakkan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.
Perlawanan yang mencatat kehadiran keseluruhan 72,550 penonton itu turut menyaksikan hotel-hotel sekitar ibu negara, merekodkan kadar penginapan tinggi dengan pusat beli-belah dan jalanan dipenuhi lautan merah penyokong yang mengenakan jersi Manchester United.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ProEvents dan ejen perlawanan FIFA, Julian Kam, kejayaan penganjuran dan sambutan luar biasa daripada peminat membuktikan potensi besar rantau ini dalam menganjurkan acara sukan berskala antarabangsa.
“Sambutan daripada penyokong pelbagai negara dan latar belakang benar-benar mengangkat acara ini. Ini bukan sekadar perlawanan, malah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar untuk bola sepak Asia Tenggara.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sudi hadir dan memberikan sokongan secara langsung kepada acara ini. Ia benar-benar memberi makna besar kepada semua pihak yang terlibat.
"Tidak lupa juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, serta semua agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam memastikan kelancaran acara dari awal hingga akhir," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Julian, Maybank Challenge Cup 2025 juga membuka lembaran baharu buat bola sepak serantau, bukan sahaja dari sudut pembangunan sukan, tetapi sebagai pemacu pelancongan, pengukuh ekonomi dan simbol penyatuan komuniti ASEAN.
Dalam aksi Maybank Challenge Cup 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Manchester United terpaksa akur apabila tumpas 0-1 di tangan ASEAN All-Stars.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Mg Mg Lwin pada minit ke-70 selepas menerima hantaran cantik daripada Adrian Segecic.
Topic Berkaitan
#ASEAN All-Stars
#Manchester United
#Maybank Challenge Cup 2025
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan