SPORTS
40,000 tiket separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 habis dijual

Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) di laman facebooknya menyatakan sebanyak 40 ribu tiket telah habis dijual - Facebook FAM
Setelah berjaya menewaskan Myanmar, Sabtu lalu, skuad Harimau Malaya bakal bertemu skuad Gajah Putih pula bagi peringkat separuh akhir satu Piala AFF Suzuki 2018.
Setakat ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman Facebooknya memaklumkan, sebanyak 40,000 tiket telah habis dijual sejak semalam.
Menurut FAM, baki 40,000 tiket lagi akan mula dijual di kaunter tiket Stadium Nasional dan kedai terpilih Al-Ikhsan pada Khamis ini (29 November).
Walau bagaimanapun, waktu sebenar jualan bergantung kepada ketibaan tiket-tiket tersebut dari Bangkok, Thailand.
Malaysia berjaya mara ke peringkat separuh akhir dengan menewaskan pasukan Myanmar 3-0 hasil sumbangan kapten pasukan, Mohd Zaquan Adha dan Norshahrul Idlan Talaha.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami