awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud
PLUS catat sekitar 2 juta kenderaan di lebuh raya pada Ahad, ramal peningkatan
Persepsi kaitkan penagih dadah daripada golongan miskin tidak tepat - PEMADAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

41 penyokong Harimau Malaya, Garuda ditahan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/11/2019
23:28 MYT
41 penyokong Harimau Malaya, Garuda ditahan
Kekecohan berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi dipercayai rentetan daripada tindakan penyokong Indonesia bertindak membaling suar ketika Malaysia berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-30. - Astro AWANI/HASIMI MUHAMAD
Seramai 41 penyokong yang menghadiri perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia malam tadi ditahan polis selepas disyaki terlibat insiden kekecohan.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, pihaknya menahan 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia selepas tamat perlawanan.
"Kesemua mereka ditahan untuk tujuan dokumentasi dan telah dibebaskan selepas selesai proses tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu dicemari insiden kekecohan sejurus tamat perlawanan selepas berlaku provokasi antara dua kedua penyokong Malaysia dan Indonesia.
Difahamkan, kekecohan berlaku di hadapan Pintu Masuk E, memaksa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di kawasan tersebut.
BACA: Kekecohan berlaku di luar stadium, beberapa individu ditahan
BACA: "Sambut tetamu dengan akhlak baik" - nasihat Mufti KL kepada penyokong bola sepak
BACA: Gantung Gelora Bung Karno penyelesaian terbaik - Hamidin
Insiden tersebut dipercayai rentetan daripada tindakan penyokong dari Indonesia yang bertindak membaling suar di dalam stadium ketika Malaysia berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-30.
Pada perlawanan itu, Harimau Malaya berjaya menumpaskan Garuda, 2-0.
Topic Berkaitan
#baling suar
#bola sepak
#Bukit Jalil
#Cheras
#FRU
#Garuda
#harimau Malaya
#Indonesia
#kekecohan
#Malaysia
#Mohamed Mokhsein Mohamed Zon
#penyokong
#Piala Asia
#Piala Dunia
#polis
#provokasi
#Stadium Nasional Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan