Hampir 50 peratus atlet kebangsaan yang akan membawa cabaran negara ke Sukan SEA Filipina 2019 telah mendapat suntikan vaksin dan menjalani pemeriksaan kesihatan penuh di Institut Sukan Negara (ISN).
Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli berkata pihaknya akan memastikan semua atlet kebangsaan selesai menjalani dua perkara itu sebelum ke temasya berkenaan yang berlangsung dari 30 Nov hingga 11 Dis ini.
"Semasa mesyuarat pengurus pasukan bersama CDM (ketua kontinjen) tempoh hari, kita telah buat penyelarasan bersama persatuan sukan untuk pastikan penjadualan atlet untuk diberikan suntikan vaksin dan pemeriksaan kesihatan dibuat dengan rapi dan teliti.
Kita akan pastikan sekurang-kurangnya sebulan atau sebelum ke Sukan SEA, kita telah selesaikan semuanya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kerjasama antara Institut Sukan Negara (ISN) dan LPM Support Malaysia di sini pada Khamis.
Sebelum ini, ketua kontinjen negara ke temasya dwitahunan itu Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata semua atlet kebangsaan diwajibkan mengambil suntikan bagi mengelak dijangkiti wabak penyakit yang melanda beberapa venue utama temasya sukan itu.
Saranan pengambilan vaksin itu dikeluarkan Kedutaan Malaysia di Filipina dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika lawatan wakil Majlis Sukan Negara (MSN) diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, ISN dan Majlis Olimpik Malaysia ke semua venue pertandingan bulan lepas.
Menurut Pengarah Perubatan ISN, Dr Arshad Puji, pihak kedutaan memaklumkan antara penyakit yang sedang melanda beberapa kawasan di Filipina adalah wabak demam campak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 03 2019

Dua perkara yang perlu dilakukan - suntikan vaksin dan pemeriksaan kesihatan penuh di ISN. - Gambar hiasan

COVID-19 | Perintah berkurung di Wuhan - Satu tahun kemudian
23 Januari 2020, dunia menyaksikan perintah berkurung pertama dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19 di Wuhan, China. Satu tahun kemudian, hampir seluruh dunia telah mengambil pendekatan yang sama, manakala di Wuhan, penduduk kini menikmati kebebasan.

Politik UMNO | Beri alasan yang kukuh sebelum putuskan kerjasama
Aizat Azam yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok berpendapat, walaupun usaha memutuskan kerjasama dengan Bersatu ada asasnya, tetapi ia tidak boleh dibuat tanpa alasan yang kukuh. Jelasnya lagi, persepsi terhadap Umno ketika ini agak negatif, apatah lagi selepas ia dilihat cuba meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional, dan dianggap gila kuasa.

Kanak-kanak leukimia | Impian naiki kenderaan polis tercapai
Impian seroang kanak-kanak yang menghidap penyakit leukimia tahap empat untuk menaiki kenderaan polis akhirnya tercapai.

Politik | Perpecahan dalam UMNO berlaku sebelum PRN Sabah
Perbezaan pendapat dalam usaha persiapan UMNO menghadapi pilihan raya umum dilihat antara faktor utama yang menyebabkan perpecahan dalam parti Melayu terbesar itu. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, titik-titik perbezaan pendapat semakin ketara sewaktu berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri Sabah pada November tahun lepas.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri [INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/23023825271611332239891/1886850_8967789641611332281403_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri

COVID-19 | Larikan jenazah bapa, 4 beradik direman
Empat beradik direman selama tiga hari selepas bertindak melarikan jenazah bapa mereka di Hospital Lahad Datu apabila enggan membenarkan hospital menjalan SOP COVID-19 terhadap bapa mereka.

COVID-19 | Pesakit COVID-19 dipercayai bunuh diri
Tertekan akibat positif COVID-19 dan terpaksa membayar kos rawatan yang tinggi di hospital swasta, seorang lelaki dipercayai membunuh diri di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

10 Berita Pilihan - (22 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes Dadah: Armada serah sepenuhnya kepada polis, akui suspek ahli Bersatu
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tangkapan seorang ahli politik kerana memproses dadah pada Rabu.

Calon positif COVID-19, dikuarantin tidak boleh duduki peperiksaan - KPM
Peperiksaan utama yang dijadual bermula pada Februari ini tidak akan ditangguhkan, namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir.

Latihan berpusat secara kuarantin atlet negara akan diteruskan - KBS
KBS meminta orang ramai surpaya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi sektor sukan dan rekreasi di kawasan yang brada di bawah PKPB dan PKPP.

Tujuh atlet, seorang pegawai sukan positif COVID-19
Tujuh atlet negara termasuk lima atlet para disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan sebelum memulakan latihan berpusat menggunakan pendekatan kuarantin hari ini.

Atlet negara perlu dilindungi insurans perubatan - MOA
Karu Selvaratnam berkata tidak ramai bekas atlet kebangsaan, termasuk yang pernah mewakili negara dalam sukan Olimpik, dapat hidup dengan selesa selepas bersara.

Sukan Olimpik Tokyo: Misi hidup mati Sharmendran
R. Sharmendran akan berusaha keras meraih tempat dalam temasya sukan terbesar itu dan seterusnya berjuang untuk memenangi pingat.

Timmy Tan tidak sabar buru gelaran
Juara Asia dua kali itu terpaksa terus 'menunggu' selepas pembatalan beberapa kejohanan serta temasya sukan susulan pandemik COVID-19.

Bersediakah Malaysia kehilangan dua lagi ikon sukan?
Bersediakah kita kehilangan dua lagi atlet berstatus legenda sekiranya mereka mengambil pendekatan sama tahun depan?

Road to Tokyo: Atlet diberi kelonggaran khas untuk berlatih mulai 1 Jun
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran khas itu melibatkan 265 individu termasuk 57 atlet yang akan menjalani sesi latihan di tiga kem Latihan Berpusat yang telah ditetapkan.

Persiapan atlet sukan Olimpik terkesan angkara COVID-19
Daripada 35 atlet tersebut, 12 disahkan layak manakala 23 lagi dalam proses untuk disenaraikan ke Olimpik.

COVID-19: MSN larang atlet sertai kejohanan, latihan di lima negara
Kesemua atlet negara dilarang menyertai sebarang kejohanan atau latihan di lima negara iaitu China, Korea Selatan, Iran, Jepun dan Itali sepanjang bulan ini susulan penularan COVID-19.

Tiada dana untuk atlet Olimpik 2020? Ini amaran Syed Saddiq...
Tiada dana untuk atlet buat persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak lagi boleh diguna pakai, tegas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.