awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 pemain hoki kebangsaan tetap bersama T'ganu

Bernama
Bernama
10/05/2013
07:14 MYT
6 pemain hoki kebangsaan tetap bersama T'ganu
Enam pemain kebangsaan yang mewakili Terengganu dalam kejohanan Liga Hoki Kebangsaan tahun ini akan tetap bersama pasukan itu tahun depan.
Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) Sabri Salleh berkata perkara itu disuarakan keenam-enam pemain berkenaan sebaik Terengganu tersingkir daripada kejohanan itu musim ini.
"Pemain-pemain ini masih lagi dengan Terengganu dan mereka InsyaAllah akan bersama kita lagi pada musim depan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Enam pemain berkenaan ialah Mohd Sharun Nabil, Mohd Fitri Saari, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Azlan Masron dan Jiwa Mohan.
Terengganu yang pertama kali menyertai kejohanan itu tahun ini, disingkirkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di peringkat suku akhir.
Beliau berkata khidmat pemain kebangsaan itu diperlukan Terengganu untuk menghadapi kejohanan hoki Piala Razak yang dijadual selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Terengganu adalah juara kejohanan itu tahun lepas.
Terengganu akan membuat persiapan membentuk pasukan Piala Razak mulai minggu depan, katanya.
Topic Berkaitan
#hoki
#kebangsaan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan