BATU GAJAH: Seramai 90 peserta dari seluruh Asia termasuk Malaysia berentap dalam saingan Piala Asia Triathlon (ATC) 2022 yang membuka tirainya hari ini, bertempat di Silverlake Village Outlet, di sini.
Presiden Persatuan Triathlon Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dr Khoo Peng Chuan berkata, pihaknya teruja menyambut ketibaan para peserta yang mula berkampung di situ sejak Khamis lalu.
"Sudah tentu kami selaku penganjur begitu menantikan kehadiran peserta, baik dari dalam mahupun luar negara.
"Perancangan sudah dilakukan sejak tahun lalu, jadi sudah tiba masanya kami menyambut mereka dengan penuh bangga.
"Walaupun tarikh penganjuran ATC ini terpaksa dianjakkan seminggu berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tetapi saya gembira apabila melihat kehadiran ramai peserta dari luar negara.
"Ini membuktikan penganjuran ini masih mampu menarik penyertaan peserta dari luar negara sekalipun ia diadakan di luar Kuala Lumpur. Selaku penganjur, kami amat berbesar hati dengan kehadiran peserta yang mengambil bahagian," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Perak, Zuraida Md Taib; Presiden Persatuan Triathlon Malaysia, Tony Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Stagemaker Sdn Bhd, Emir Abdul Jalal.
Peng Chuan berkata, sebagai tuan rumah peringkat terakhir ATC 2022, Perak dipilih sebagai lokasi penganjuran yang dianjurkan bersama antara Persatuan Triathlon Malaysia dan Persatuan Triathlon Perak dengan kerjasama Stagemaker Sdn Bhd.
Sebanyak enam kategori utama dipertandingkan pada ATC kali ini iaitu membabitkan lelaki dan wanita elit peringkat umur 23 tahun ke atas, peringkat umur 19 hingga 23 tahun dan peringkat umur 16 hingga 19 tahun.
"Setiap peserta akan mengharungi tiga disiplin atau cabaran sukan berbeza bermula dengan renang sejauh 750 meter (m) diikuti berbasikal dengan jarak meliputi 20 kilometer (km) sebelum saingan berakhir dengan larian sejauh 5km," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, penganjuran ATC yang dianggap kejohanan berprestij di rantau Asia menjadi bukti bahawa Malaysia mampu menarik minat peserta dari luar negara untuk turut serta mengambil bahagian.
"Sukan triathlon sudah mula berkembang di negara ini. Jadi saya berharap dengan penganjuran ATC di Perak, ia akan membuka mata ramai pihak untuk melihat sukan yang cukup sinonim dengan ketahanan fizikal ini," ujarnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Triathlon Malaysia, Tony Tan Beng Hong berkata, kehadiran ramai peserta dari luar negara secara tidak langsung menaikkan semangat wakil Malaysia untuk tampil lebih kompetitif.
"Ini peluang kepada beberapa atlet negara yang bersaing dengan peserta ternama dari luar negara.
"ATC ini juga menjadi medan terbaik untuk kami menilai prestasi atlet negara sebelum mereka menghadapi dua temasya sukan tahun depan iaitu Sukan SEA di Kemboja dan Sukan Komanwel Remaja di Trinidad dan Tobago," katanya.
Aida Aziz
Sat Nov 26 2022

Penganjuran itu masih mampu menarik penyertaan peserta dari luar negara sekalipun ia diadakan di luar Kuala Lumpur. - Astro AWANI

Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.

Gempa bumi: MRA lancar tabung bantu mangsa di Turkiye, Syria
MRA merayu orang ramai untuk menyumbang bagi membantu agensi itu menyalurkan bantuan kepada dua negara tersebut.

Polis sahkan tiada NGO di Johor terlibat kongsi gelap
Polis Johor mengesahkan tiada badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.

China tolak adakan rundingan selepas 'belon' ditembak jatuh - Pentagon
Beijing menolak tawaran untuk mengadakan rundingan selepas Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon pengintip yang didakwa milik China.

6 maut, 9 cedera van terbabas ketika turun Genting Highlands
Enam maut manakala sembilan lagi cedera selepas van dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer (KM) 4.8 Jalan Genting Highlands di sini, pada Rabu.

Dewan Rakyat | Semua ‘backbencher’ disaran sertai jawatankuasa khas
Semua Ahli Parlimen yang tidak memegang sebarang jawatan eksekutif disaran untuk menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Gempa Turkiye | Agong seru rakyat Malaysia salur bantuan kemanusiaan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia salurkan bantuan kemanusian kepada kerajaan Turkiye dan Syria berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Angka korban di Turkiye dan Syria melepasi 8,700
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 8,700 setakat ini.

Dakwaan Nepotisme | Johari nafi anak memegang sebarang jawatan kerajaan
Datuk Johari Abdul mengulangi kenyataannya bahawa tiada sebarang pelantikan jawatan kerajaan dibuat ke atas anaknya, Mohammed Iqbal setakat ini, sekali gus menafikan beliau mengamalkan nepotisme.

Perak harap peruntukan RM3 billion dimasukkan dalam Belanjawan 2023
Peruntukan itu antaranya untuk menaik taraf di laluan Jalan Raya Timur-Barat serta menyelesaikan masalah kekurangan katil di HRPB.

Arab Saudi tuan rumah Piala Asia 2027
Ia sekali gus menandakan kejohanan itu diadakan buat kali pertama di Arab Saudi.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Kami tidak dapat bertanding tanpa pemain - Pan Gon
Malaysia tewas 0-3 kepada juara bertahan Thailand dalam separuh akhir kedua di Stadium Thammasat di sini malam tadi, sekali gus kalah 1-3 berdasarkan agregat.

Titik permulaan kami ke Piala Asia 2023 - Sharul Nazeem
Segala kelemahan yang terbukti, perlu diperbaiki menjelang Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadual pada Januari 2024.

Arab Saudi sedia jadi tuan rumah Piala Asia 2027 selepas India tarik diri
Arab Saudi berkemungkinan menjadi tuan rumah Piala Asia 2027 selepas satu-satunya calon lain iaitu India menarik diri.

90 atlet 'berkampung' di Batu Gajah, berentap dalam Piala Asia Triathlon
Penganjuran itu masih mampu menarik penyertaan peserta dari luar negara sekalipun ia diadakan di luar Kuala Lumpur.

Qatar tuan rumah Piala Asia 2023 - AFC
Kemampuan Qatar dan rekod cemerlang dalam menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa amat disegani di seluruh dunia.

Penggali kubur jelajah 14 negeri naik basikal
Mereka menyasarkan untuk menghabiskan kayuhan dalam tempoh dua bulan dan memilih untuk bermalam di masjid, surau atau memasang khemah.

Kejayaan skuad B-16 bukti negara tak ketandusan bakat - Osmera
Kejayaan skuad Bawah 16 tahun (B-16) kebangsaan yang menempah slot ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17) 2023 membuktikan negara tidak ketandusan bakat baharu dalam bola sepak.

Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia sahkan kelayakan, belasah Indonesia 5-1
SKUAD B-17 negara mengesahkan kelayakan ke Kejohanan Bola Sepak Piala Asia B-17 2023 dengan cukup bergaya selepas membelasah Indonesia 5-1.