awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

90 peratus atlet jalani ujian doping sebelum Olimpik Paris

Bernama
Bernama
25/07/2024
07:17 MYT
90 peratus atlet jalani ujian doping sebelum Olimpik Paris
ITA menjalankan lebih 32,000 kawalan doping tahun ini, peningkatan sekitar 45 peratus berbanding ujian ke atas atlet dalam tempoh enam bulan sebelumnya. - Gambar/ Reuters
PARIS: Hampir 90 peratus atlet yang akan bersaing di Sukan Olimpik Paris telah melakukan ujian doping sekurang-kurangnya sekali tahun ini, lapor Xinhua memetik kenyataan Agensi Ujian Antarabangsa (ITA) pada Rabu.
Pengerusi Lembaga Yayasan ITA, Valerie Fourneyron memberitahu sesi ke-142 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bahawa mereka telah menjalankan lebih 32,000 kawalan doping tahun ini, peningkatan sekitar 45 peratus berbanding ujian ke atas atlet dalam tempoh enam bulan sebelumnya.
Fourneyron berkata program pengujian menumpukan pada 'disiplin berisiko tinggi', dengan 75 peratus atlet telah diuji tiga kali atau lebih.
"Keputusan ini mengatasi Tokyo 2020, sekali gus menjadikan program pengujian pra-Sukan Olimpik Paris 2024 paling komprehensif pernah dilaksanakan," kata Fourneyron.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#ujian doping
#penggunaan dadah perangsang
#ITA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan