Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah dipilih dalam kalangan 27 peserta wanita yang akan menyertai Kejohanan Dunia 2017 di Wroclaw, Poland dari 22 hingga 29 Julai.
Aaliyah, 13, menerima jemputan daripada Persekutuan Ski Air dan Wakeboard Antarabangsa (IWWF) melalui Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Malaysia (MWWF) pada Rabu untuk bersaing dalam acara tricks.
MWWF dalam kenyataan berkata ia merupakan satu pencapaian besar bagi Aaliyah yang mencatat satu lagi sejarah untuk menjadi pemain ski air termuda yang dipilih bersaing pada kejohanan dunia itu.
MWWF dan Aaliyah mempunyai tempoh sehingga 19 Disember untuk mengesahkan penyertaan pada kejohanan berkenaan.
Aaliyah yang memenangi lima pingat emas pada Kejohanan Ski Air dan Wakeboard Asia di Korea Selatan pada Ogos lepas, berada di kedudukan ke-21 dunia dalam acara tricks bagi kategori wanita terbuka dan nombor enam dunia bagi bawah 17 tahun.
Dengan setiap negara dibenarkan menghantar seorang atlet pada kejohanan itu, Aaliyah memintas beberapa pemain ski air terbaik dunia seperti pemain nombor tiga dunia Erika Lang dari Amerika Syarikat dan pemain nombor lima dunia dari Kanada, Whitney McClintock untuk mengesahkan slot di Wroclaw.
"Saya sangat teruja dipilih. Ia penghargaan besar bagi saya kerana ini kali pertama saya dipilih untuk menyertai acara pelbagai kategori di peringkat dunia," kata Aaliyah dalam kenyataan yang dikeluarkan MWWF, di sini hari ini.
Pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2015 itu akan berlepas ke Santiago, Chile pada 29 Disember untuk bersaing pada Kejohanan Remaja Dunia IWWF bermula 3 hingga 8 Januari depan.
Aaliyah juga dijadual beraksi pada Kejohanan Asia Oceania IWWF di Auckland, New Zealand pada 1 hingga 6 Feb, dan Moomba Masters di Melbourne, Australia pada Mac.
Beliau kemudian akan berlepas ke Florida pada April untuk latihan selama enam minggu bersama bekas juara dunia Cory Pickos dan bersaing di Masters Amerika Syarikat pada Mei, dan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2016
Aaliyah mencatat satu lagi sejarah untuk menjadi pemain ski air termuda yang dipilih bersaing pada kejohanan dunia itu. - Gambar fail
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aaliyah perbaharui rekod Asia di Florida
Atlet berusia 20 tahun itu mengumpul 8,450 mata mengatasi rekod miliknya sendiri yang dilakukan pada Terbuka Asia iaitu 8,080 mata di Fluid Summer Showdown pada Jun 2022.
Aaliyah raih gangsa di Moomba Masters 2024
Atlet berusia 20 tahun yang membuat penampilan ke-11 di kejohanan itu mengumpul keseluruhan 2215.25 mata dalam kejohanan di Sungai Yarra.
Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida
Kedudukan tersebut membolehkan Aaliyah mendapat tempat dalam final 12 peluncur, sekali gus menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik di tempat kesembilan.
Raih tiga pingat emas, hadiah hari lahir Aaliyah
Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong memenangi pingat emas menerusi acara terbuka slalom, terbuka tricks dan terbuka jump.
Aaliyah terima biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM1.1 juta
Aaliyah menerima biasiswa bernilai RM1.1 juta daripada Yayasan Sime Darby untuk melanjutkan pelajaran ke Florida, mulai Januari tahun depan.
Aaliyah, Aiden buru rekod baharu pada Kejohanan Oceania 2022
Aaliyah dan Aiden dijemput untuk bertanding dengan beberapa pemain ski terbaik di Max Kirwan Ski Park Mulwala, New South Wales.
Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan
Aaliyah merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara 'tricks' wanita.
Aaliyah Yoong tambah emas, gangsa kategori terbuka Moomba Masters 2022
Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah terus cemerlang apabila merangkul gelaran juara keseluruhan terbuka wanita Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, semalam.
Aaliyah rangkul dua emas, satu gangsa untuk muncul juara keseluruhan Moomba Master
Atlet ski air remaja negara Aaliyah Yoong Hanifah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, hari ini.
Aaliyah Yoong positif COVID-19, tarik diri dari Kejohanan Remaja Dunia 2020
Aaliyah yang dijadualkan bertanding dalam Kejohanan Remaja Dunia itu di Florida dari 22 hingga 29 Ogos dijangkiti virus itu awal minggu ini.