awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaliyah raih gangsa di Kejohanan Dunia Birmingham

Bernama
Bernama
16/07/2022
07:26 MYT
Aaliyah raih gangsa di Kejohanan Dunia Birmingham
Aaliyah rangkul pingat gangsa acara tricks wanita di Kejohanan Dunia Birmingham 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS). - Facebook Hanifah Yoong Yin Fah
KUALA LUMPUR: Ratu ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul pingat gangsa acara tricks wanita di Kejohanan Dunia Birmingham 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS) semalam.
Menurut laman web kejohanan https://twg2022.com/results/, atlet berusia 18 itu mengutip 7,960 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ketiga daripada keseluruhan lima peserta dalam final yang berlangsung di Oak Mountain State Park.
Pingat emas dimenangi atlet Kanada Neilly Ross yang mengumpul 9,690 mata manakala pingat perak menjadi milik juara dunia dari AS, Anna Gay selepas meraih 9,190 mata.
Aaliyah akan meneruskan cabaran di Alabama dalam acara jump wanita final di venue sama awal pagi esok waktu Malaysia.
Sebagai rekod, Aaliyah Yoong mencipta dua rekod baharu Asia serta mencatat tiga rekod peribadi terbaik di Fluid Summer Showdown di Polk City, Florida bulan lepas.
Sementara itu dalam kategori lelaki di Alabama, atlet tuan rumah Adam Pickos meraih pingat emas sementara Danylo Filchenko dari Ukraine dan peserta Perancis Pierre Ballon masing-masing memenangi perak dan gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aaliyah yoong
#Ski Air
#gangsa
#kejohanan dunia birmingham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan